Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Ucapan Di Perhimpunan Anwar,...

Aktivis Adam Adli yang sebelum ini pernah ditahan kerana ucapan berbaur hasutan pada...

IS Lebih Dahsyat Daripada...

KOTA BAHARU - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd...

SPR Tunggu Makluman Kekosongan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas selepas memnerima pemakluman...

2 Pegawai SFC Sarawak...

KUCHING - Dua pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dipecat selepas mereka didapati bersubahat...

Naomi Campbell Dibidas, Didakwa ‘Photoshop’ Gambar

SUPERMODEL Naomi Campbell, yang digelar antara model tercantik di dunia, telah dituduh mengubah gambar mukanya kerana hidungnya kelihatan lebih mancung dan tirus berbanding wajah asalnya, dalam gambar yang dimuatnaik dalam akaun Instagramnya.

Naomi, 47, memuatnaik gambar itu semalam dan sejak itu peminatnya membanjiri ruang komen dalam Instagramnya dengan mempertikaikan hidung Naomi.

“Awak cantik, tapi mana hidung awak.

“Sayang, hidung kau terlalu slim. Ia kelihatan gila, nampak sangat photoshopped,” demikian kata peminatnya.

Meskipun memiliki reputasi sebagai antara wanita tercantik dunia, namun gelaran itu tidak meyakinkan Naomi sebaliknya dia mengaku sentiasa berasa kekurangan diri.


“Saya sentiasa sedar tentang tubuh saya. Ketika saya pertama kali sampai di New York, jika saya memakai sesuatu yang ketat, saya akan menutupnya dengan kardigan di sekeliling saya untuk menutup bahagian belakang saya,” kata Naomi dalam satu wawancara dengan Piers Morgan dan Susanna Reid dalam satu program TV di Britain, bulan lepas.

Naomi juga memberitahu, ia mengambil masa yang lama untuk berasa selesa ketika bergambar dengan pakaian dalam.

Pengakuan Naomi itu nyata mengejutkan memandangkan dia adalah seorang supermodel dengan bentuk badan yang menjadi idaman wanita. – MYNEWSHUB.CC

Kategori