Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Syarikat Miliki Stok Dibayar...

ALOR SETAR - Syarikat yang masih mempunyai stok barangan yang telah dibayar Cukai...

Suruh Komen Tapi Marah...

SIAPA yang tidak kenal dengan jutawan kosmetik yang sering mencetuskan kontroversi dengan pelbagai cerita...

Lim Kit Siang Nafi...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa perebutan kerusi kawasan pilihan...

Wanita Jadi Simbol Seks...

China – Tiga tahun lalu, berat Xia Yan, hampir mencecah 101 kilogram, namun...

Naskhah “Al-Quran Abu Bakar” Jadi Tanda Tanya

UNIVERSITI Birmingham, England telah menggemparkan dunia kerana memiliki sebuah fragmen daripada apa yang dipercayai salah sebuah al-Quran tertua di dunia.

Dikatakan bahawa fragmen ini adalah cebisan daripada versi al-Quran yang pertama semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Namun, benarkah kenyataan tersebut?

Beberapa penelitian dan kajian telah dilaksanakan dan terbukti bahawa manuskrip di Birmingham ini sama dengan sehelai lagi fragmen yang berada dalam simpanan Perpusatakaan Nasional Perancis, Bibliotheque Nationale de France.

Penetapan ini telah pun diumumkan oleh sejarawan Quran College de France, Francois Deroche dan pengkaji al-Quran Universiti Birmingham, Dr. Alba Fedeli.

Kedua-dua fragmen ini berasal dari masjid tertua di Mesir, Masjid Amr ibn al-As di Fustat.

Masjid Amr ibn al-As di Fustat antara masjid tertua di Mesir.

Lapor KOMPAS, manuskrip ini telah dibawa untuk dijual kepada Perpustakaan Inggeris pada tahun 1820-an, tetapi ia hanya sampai di perpustakaan nasional di Paris, dan terus berada di sana sejak itu.

Manakala terdapat fragmen yang dipercayai telah dijual dan sebahagian lain dibawa oleh orientalis Alphonse Mingana pada 1920 ke Birmingham.

Universiti Birmingham memiliki sebuah fragmen dari salah satu Al Quran tertua di dunia.

Beberapa pengkaji lain, Mustafa Shah daripada bahagian Pengajian Islam di School of Oriental and African Studies di London mengatakan fragmen tersebut adalah selepas satu tempoh zaman awal penurunan al-Quran. Teori ini dinyatakan dari segi cara dan seni ayat ditulis.


Bagaimanapun, Dr. Shah menyanggah kenyataan berikut dengan memberitahu kitab al-Quran pada peringkat awal sentiasa berubah cara penulisan dan seninya.

Jamal bin Huwareib, pengarah urusan dari Mohammad bin Rasyid Al Maktoum Foundation, mempercayai bahawa naskah di Birmingham itu adalah sebahagian kecil daripada versi pertama al-Quran yang ditulis oleh Khalifah Abu Bakar.

“Ini penemuan paling penting yang pernah ada dalam dunia Islam. Saya yakin ia adalah al-Quran tulisan Abu Bakar,” kata Jamal yang telah mengunjungi Birmingham untuk memeriksa manuskrip tersebut.

Sehingga kini, para sejarawan dan orientalis masih lagi berbeza pendapat untuk menentukan secara tepat garis masa al-Quran itu ditulis.

Apa yang pasti, fragmen ini memberitahu kita semua bahawa agama Islam melalui penulisan al-Quran sudah pun berkembang sejak sekian lama dan ilmunya telah tersebar meluas di muka bumi. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori