Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Sultan Selangor Ziarah Makam...

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berangkat menziarahi Makam...

Rusia Taja 2 Pelajar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Rusia menerusi kedutaan negara itu di sini telah menawarkan...

H5N1: Masak Ayam Kena...

PUTRAJAYA - Virus penyakit selsema burung H5N1 akan musnah jika daging ayam dimasak...

Apa Kes Sampai Pakai...

PELIK memikirkan perangai segelintir orang muda zaman la ni...Demi mendapatkan perhatian masyarakat dan...

Nelayan Warga Indonesia Dipenjara & Didenda Suap Polis

KOTA KINABALU – Seorang lelaki warga Indonesia dihukum penjara 10 hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada seorang anggota polis baru-baru ini.

Hakim Abdul Bakar Manaf menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Chass Diaz,39, seorang nelayan mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 15 Mac 2018.

Chass, didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.


Mengikut fakta kes, Chass dituduh memberi suapan RM500 kepada seorang anggota polis berpangkat koperal di pejabat Ibu Polis Daerah (IPD) Penampang kira-kira jam 1.52 tengah hari pada 14 Mac 2018 supaya tidak mengambil tindakan terhadap rakannya yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rozanna Abdul Hadi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori