KUALA LUMPUR – Akhbar Sinar Harian dikecam netizen gara-gara menganjurkan program wacana yang seolah-olah bertujuan memerangkap Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff dalam percaturan licik pakatan pembangkang.
Sinar Harian didakwa sengaja mahu membunuh karakter penganalisis politik itu menerusi wacana “Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM” memandangkan Kamarul Zaman dilihat sebagai satu ancaman kerana banyak menulis tentang kelemahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan.
Netizen terbabit turut mendakwa program anjuran Sinar Harian itu bertujuan mempromosikan Mahathir apabila membenarkan Mahathir yang merupakan individu yang dibahaskan dalam wacana tersebut menjadi sebahagian daripada panelis selepas hampir satu jam wacana berlangsung.
Sinar Harian juga didakwa sengaja mencaturkan strategi tiga lawan satu dalam program itu kerana menggunakan moderator dan dua panelis pro-Mahathir untuk memperlekehkan hujah-hujah Kamarul Zaman yang berseorangan mengkritik Mahathir dan Pakatan Harapan dalam wacana tersebut.
Moderator wacana “Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM” itu juga didakwa kerap mencelah hujah Kamarul Zaman supaya tidak dapat menghabiskan hujah akademiknya bagi membuktikan Mahathir tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri.
Moderator berkenaan kemudian akan mengeluarkan soalan-soalan berbaur pujian keatas Mahathir untuk dihujahkan oleh dua panelis lain terbabit.
Berikut antara kecaman Netizen keatas Sinar Harian seperti yang diluahkan di laman Facebook peribadi Kamarul Zaman sebagai tanda sokongan keatas pensyarah UUM itu:
Faizal Latif: “Semuanya telah dirancang baik…panel pula kena tanya audience..memang bahalul punya moderator…however nice job (kamarul zaman), nampak masih ada timbang rasa kepada senior di akhir usia.”
Afiq Daud: “Melayu ada adab-adabnya kalau nak datang bercakap di majlis orang. Penonton bercakap, ahli panel pula kena dengar, program apa ni? Tak tahu format ke? Kalau nak jadi ahli panel, kenapa tak berani respon awal? Satu contoh yg tak baik. Sebagai penonton kamu boleh bertanya, bukan bertindak sebagai ahli panel. Moderator dan Sinar Harian GAGAL..”
Muhammad Nazri: “Sabar Dr., memabg dari awal kita boleh agak ada something wrong, tambahan pula kecenderungan dari pihak Sinar Harian sendiri, Sabar Dr., ada ubi ada batas!!”
Gule Bulat: “Nampak sangat tak profesional program tersebut. Nampak seakan nak memerangkap dan platform pihak tersebut mencari publisiti…. program kali ini memalukan Sinar sebenarnya.”
Afzan Mohammad: “Moderator orang Tun untuk gasak soalan. Fitness dana psicology panel untuk menyokong keupayaan Tun..dan Tun datang tanpa di jemput untuk menutup hujah Dr. supaya Dr. berada di dalam keadaan “segan” untuk berhujah tentang Tun yang berada di depan. Malah tiada wakil politik lain. Mungkin audiens Dr. supporter pihak lawan juga. Nampak macam Handi-Cap Match dalam WWE.”
Mohd. Nafi Abdullah: “Terbaik Dr., budaya Pakatan Haprak tidak suka dengan fakta yang dibawa, lalu mereka cuba memerangkap Dr. dengan rancangan jahat.”
Danial A. Shaari: “Perancangan jahat dan tidak profesional pihak penganjur bersama dengan propagandis PH hanya membuktikan betapa tulisan dan pandangan Dr. Kamarul adalah “detrimental” pada mereka.”
Jakpo Othman: “Memang itu strategi mereka untuk bunuh karektor seseorang bilamana Dr. dirasakan ancaman kepada puak puak tu..”
Khairul Azwar Aby Razak: “Tahniah DKY atas keberanian kesediaan utk hadir ke pentas, walaupun dari awal sudah dijangka ada perangkap di sana..DKY sudah membentangkan hujah dengan fakta hasil kajian.”
Mohd Syafiq: “Saya tonton forum kelmarin… taasub Tun M ni tak leh pikir… takda langsung pun Dr. Kamarul Yusoff takut atau senyap tergamam… tapi Dr. begitu kritikal dan vokal terhadap Tun M… tapi kalau dah taasub tu sisi lain mereka ambil hentam Dr… mereka tak dapat jawab fakta dan hujah… mereka hanya mampu memperli dan meyindir Dr. cara melontarkan ucapan… itu saja yang mereka mampu.”
En Skorpion: “Ramai yang komen tak tenguk pun, termasuk daripada kem kerajaan… Tahniah Dr. Kamarul Yusoff kerana berhujah dengan fakta. Pandangan saya, Sinar Harian tidak adil, tidak jujur dan tidak amanah di dalam perlaksanaan program ini…”
Kiff Wazif: “Saya respec Dr… walaupn wacana ni seperti berat sebelah Dr. memberanikan diri ..untuk menerang dan melawan hujah..”
Muhammad Husaif: “Mudah saja Dr., kalaulah Dr. ini tiada nilai apa-apa pada mereka, mana mungkin mereka mereka sanggup bergabung tenaga untuk melawan seorang yang tiada apa-apa. Jelasnya, Dr. merupakan ancaman pada mereka.”
Nadzir Rizal: “4 lawan 1..”
Syed Faizal Sayed Zamin: “Memang Tujuan Sinar untuk perangkap Dr. supaya nak melemahkan Dr. Kamarul dengan terjahan seumpama itu dengan harapan mereka ada ruang untuk attack Dr. oleh sebab Dr. banyak mengkritik PH dan BN …. mana mungkin boleh pula Nazri Kahar bagi ruang kepada Mahadhir pulak kalau bukan ada green light dari pihak Sinar…..”
Asyraf Fathi: “Terbaik Dr. Kamarul Yusoff. Berani kerana benar. Walaupun dikelilingi macai dan boss mereka tuan melawan dengan bergaya. Macam filem John Wick pula..”
Harris Jamaludin: “Fakta dah hujah Dr. Kamarul Yusoff tidak dijawap dengan baik oleh geng Dr. M.. Malu tak dapat nak jawap hujah mereka buat perangai budak-budak ..mengejek dengan disertakan gambar yang entah apa-apa..”
Muniz Izwan: “Serangan telah dilancarkan. Saya bersama Dr. Kamarul Yusoff dalam perjuangan ni. Anda tidak berkeseorangan. Saya yakin anda seorang yang benar. Moga Allah melindungi tuan.”
Rosli Ismail: “Mana betullah telahan awal saya bahawa perkumpulan tersebut untuk mensucikan umur Tun M sebagai calon PM. Saya tak namakan wacana kerana ianya lebih sesuai dinamakan perkumpulan.”
Zulkarnain Mahdar: “Sabar Prof..ini la Tun…patut dalam adab peserta tak boleh dijadikan seakan panelist melainkan ada sesi soal jawab….”
Ahmad Asyraf: “Satu lagi bias, forum bincang hal umur mahathir, tapi tuan sendiri jawab, memanglah tuan akan kata dia sihat. Dalam isu ini sepatutnya hanya 3rd party jelah yg bercakap.. shame on you Sinar. Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.”
Mohd Fairus Humar: “Never the less, shows the agenda of the organizer…….to increase atok popularity……society will judge them later.”
Anna Shari: “Satu strategi nak ganggu perjalanan majlis duduk di depan hadap ahli panel Dr. Kamarul Yusoff. Mantap Dr… saya tonton sampai habis. Dr. lebih banyak berikan fakta berkaitan tajuk berbanding yang lain lebih kepada pandangan umum.”
Muhammad Hasnain Daud: “Wacana ni sepatutnya dijemput wakil daripada parti2 lain seperti BN dan PH. Baru rakyat boleh menilai sejauh mana kemampuan TM menerajui negara pada usia 93. Kalau dibincangkan perkara fizikal, ia terlalu subjektif. Bahkan Dr. sendiri tak nafikan secara total TM mampu. Tetapi bila sebut perkara dasar yg diperjuangkan PH, ini yang kita mahu menilai sebenarnya. Apa pun, tindakan Dr. kekal duduk sewaktu org lain bangun ketika TM datang saya puji.”
Tok Baruh: “Sinar Harian adalah akhbar dua alam. Tunggu lepas PRU14 kita lihat arah mana Sinar nak berkiblat.”
Azim Ismail: “3 anak kecil + 1 bapak uTUrN vs 1 .. Dr. Kamarul Yusoff bukang biase-biase ni.”
Mohd Zulaifez Zakaria: “Diorang ni pakar cari pic terbaik untuk nmpakkan seseorang tu kononnya ‘terkucil’.. Saya masih ingat lagi seorang jurugambar yang diupah untuk ikut Pak Lah ke mana saja program dia ambil gambar Pak Lah masa tertutup mata..”
M. Faris Amir: “Tahniah Dr. Kamarul Yusoff.. sebenarnya dah dapat agak wacana ni memang nak pekena Dr. atas strategi Sinar sendiri selaku penganjur. Apapun tahniah atas keberanian Dr. menghadirkan diri dan menberikan satu analisis yang sangat bernas berkenaan situasi semalam.”
Aanuar Asere Adli: “Susah kalau dapat moderator suka potong cakap panelis. Kalau nak cakap banyak jadi panelis la. Tabik untuk Dr.”
Kamarul Zaman dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya turut membayangkan beliau telah termasuk perangkap Sinar Harian dan Pakatan Harapan kerana menerima jemputan Sinar Harian.
Kenyataan beliau itu memperoleh hampir 4,000 tanda suka (like) dan lebih 1,400 perkongsian (share) hanya dalam tempoh beberapa jam ia dimuat naik hari ini. – MYNEWSHUB.CC