Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kemenangan BN 3-0 Di...

SIK - Banyak perubahan yang berlaku di daerah Sik membabitkan ketiga-tiga kerusi iaitu...

PM Belanda Tiba Untuk...

SEPANG - Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte tiba di sini hari ini untuk...

Selepas Perkasa, KPN Jadi...

TIDAK habis-habis buat provokasi dan memang gila betul!Sehari selepas cuba cetus huru-hara dengan...

Piala Dunia: Peru Pulang...

SOCHI, Russia - Rembatan kencang Andre Carrillo membenarkan Peru meraih gol sulung negara...

Nilai Budi Penting Lahir Generasi Pemimpin Pekerti Mulia

KUALA LUMPUR – Budi perlu diterapkan dalam semua aspek pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi menjadikan pusat itu keterhadapan dalam melahirkan generasi pemimpin berpekerti mulia.

Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, masyarakat kini terlalu bercelaru, sering kali bertembung pendapat dan pada masa sama bercakaran tanpa mempunyai sistem penilaian yang asas.

“Hormat-menghormati dan hormat kepada jasa orang kian hilang tetapi kita panggil diri kita muslim dan muslimat…senario itu menjadi cabaran kepada UIAM,” katanya pada majlis perasmian Wadi Budi UIAM Kampus Gombak di sini hari ini.

Justeru, Rais yang juga Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia berkata, nilai itu akan diperkukuhkan dan diterapkan sebagai induk dalam sukatan mata pelajaran UIAM.


Pendekatan itu disifatkannya sebagai ‘renaissance’ iaitu peralihan kepada masa depan lebih cemerlang dan satu sistem membina negara bangsa yang sebenar.

Wadi Budi yang pembinaannya menelan kos hampir RM6.8 juta itu sejajar dengan moto UIAM iaitu ‘Taman Ilmu dan Budi’ dan antara lain akan menjadi pusat sehenti aktiviti kemasyarakatan serta program motivasi. – BERNAMA

Kategori