Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

5 Rumah Terbakar, 11...

JOHOR BAHRU – Sebelas penghuni lima buah rumah di Jalan Sekolah Agama, Kampung...

Ujian Forensik Ke Atas...

GUA MUSANG - Kementerian Kesihatan bersedia membuat ujian forensik ke atas 12 lagi...

Tip Untuk ‘Anak Bersunat’...

SUDAH menjadi budaya negara ini, mula sahaja musim cuti persekolahan, maka ramailah ibu...

ECRL: Pelaburan Yang Bermakna...

KUALA LUMPUR – Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion...

Nilai Rokok Seludup Dirampas Meningkat Sejak 2014

KUALA LUMPUR – Jumlah rokok seludup yang berjaya dirampas tahun lepas dianggarkan bernilai RM120.7 juta, meningkat daripada RM82.7 juta pada tahun sebelumnya, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata rampasan pada tahun 2017 membabitkan cukai RM992 juta yang tidak dibayar, manakala cukai yang terlibat bagi rampasan 2016 adalah bernilai RM648.9 juta.

Katanya nilai rampasan rokok seludup pada tahun 2014 bernilai RM38.7 juta dan cukai terlibat adalah bernilai RM283.7 juta, manakala jumlah rampasan pada tahun 2015 ialah sebanyak RM48.3 juta yang melibatkan cukai tidak dibayar sebanyak RM315.4 juta.

”Setakat Januari lepas, sebanyak 4.4 juta nilai rampasan rokok seludup dirampas melibatkan RM33.2 juta duti cukai terlibat,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah (BN-Mukah) pada sesi soal jawab.

Othman berkata peningkatan rampasan rokok seludup juga adalah hasil kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara agensi-agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam.


Selain itu, Othman berkata kerajaan melaksanakan Operasi Outlet Rokok yang diadakan sejak 2010 bertujuan menyekat sistem penghantaran penyeludupan dan penjualan rokok di outlet dan premis-premis yang menjual rokok secara tidak sah. – BERNAMA

Kategori