Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bayaran Fasa Kedua BPN...

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang giat memproses rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin...

Terap Kesedaran Keselamatan Jalan...

KUALA LUMPUR - Suasana di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) menjadi riuh-rendah seketika...

Kerajaan Alu-Alukan Media Anjur...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengalu-alukan platform media penyiaran untuk menganjurkan program debat antara...

Pemandu Maut Selepas Lori...

DUNGUN - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh belakang sebuah...

Noh Omar Prihatin, Bantu Uji Rashid Dapat PPR

PRIMADONA Uji Rashid sebelum ini pernah berhadapan detik hitam apabila hampir diusir keluar dari rumah sewanya di Taman Dagang, Ampang, Selangor dipercayai kerana gagal membayar sewa.

Namun pelantun lagu Semakin Hari Semakin Sayang ini sudah mampu menarik nafas lega apabila beliau layak menerima rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Kisah penyanyi yang terkenal di sekitar 1970-an ini menjadi perhatian apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar memuat naik menerusi laman Instagram gambarnya bersama Uji Rashid.

Turut kelihatan ialah anak artis veteran tersebut iaitu, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico serta cucu penyanyi berkenaan.

Noh dalam catatan di Facebooknya itu berkata, Uji Rashid telah datang ke pejabatnya berhubung permohonan penyanyi terbabit untuk mendapatkan sebuah unit PPR.

“Beliau (Uji Rashid) ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diusir dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.


“Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” katanya Noh melalui catatannya itu.

Difahamkan, Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid pernah beberapa kali membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan dan perumahan sebelum ini, namun kesemuanya itu gagal. – MYNEWSHUB.CC

Kategori