Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tarikh Peperiksaan STPM Dipinda

PUTRAJAYA - Tarikh peperiksaan Semester Tiga dan ulangan Semester Dua Sijil Tinggi Pelajaran...

Pusat Hiburan Didapati Jual...

IPOH - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membongkar kegiatan sebuah pusat hiburan di...

Malaysia Perlu Kerjasama Semua...

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kerjasama semua pihak dalam usaha mencapai perpaduan nasional...

MB Johor Tempelak Tun...

JOHOR BAHRU - Susulan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertikaikan perkataan Bangsa Johor,...

Nur Dhabitah Gagal Ke Final 3M Papan Anjal Wanita Di Jepun

KUALA LUMPUR – Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri tersingkir pada saingan separuh akhir acara 3m papan anjal wanita pada Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di Fuji, Jepun, hari ini.

Menurut laman web rasmi Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) www.fina.org, penerjun berusia 19 tahun itu gagal ke final selepas hanya mencacatkan 288.75 mata untuk berada di kedudukan keempat daripada enam penerjun pada pusingan separuh akhir A.

Nur Dhabitah bermula dengan terjunan hambar apabila berada dikedudukan tercorot selepas terjunan pertama dengan 49.50 mata namun cuba melonjak ke kedudukan keempat pada terjunan kedua dan ketiga, masing-masing dengan catatan 69.75 mata dan 57.00 mata.

Usahanya untuk terus melayakkan diri ke saingan akhir tidak membuahkan hasil apabila sekali lagi beliau berada ditangga keenam pada terjunan keempat (48.00 mata).


Enam penerjun yang layak ke pusingan akhir adalah penerjun Australia, Anabelle Smith, Kristina Ilinykh (Rusia), Grace Reid (Great Britian), Pamela Ware (Kanada) serta dua penerjun China, Wang Han dan Shi Tiangmao.

Hanya tiga penerjun terbaik di peringkat separuh akhir A dan B layak ke pusingan akhir. – BERNAMA

Kategori