Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

2 Sekolah Di Keningau...

KENINGAU - Dua sekolah di daerah kecil Sook dalam daerah Keningau ditutup akibat...

Pengurus Juventus Rebut Kerusi...

PENGURUS Juventus, Juventus Massimiliano Allegri tampil sebagai salah seorang yang mahu mengambil alih...

NGO Desak Kerajaan PH...

BENTONG – Sebanyak 12 badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan alam sekitar hari...

Nik Muhammad Zawawi Ketua...

KUANTAN - Dewan Ulamak PAS diterajui pemimpin baharu apabila Datuk Dr. Nik Muhammad...

Op Gegar: 18 PATI Warga Thailand, Laos Ditahan

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand dan Laos dalam Op Gegar di dua lokasi berasingan di sekitar Kulim dan Sungai Petani, hari ini.

Pengarahnya Zuhair Jamaludin berkata operasi disertai 17 anggota imigresen yang bermula 12 tengah malam hingga 3 pagi itu melibatkan pemeriksaan di dua kafeteria di Bandar Putra, Kulim dan Taman Bandar Baru, Sungai Petani.

“Pemeriksaan telah dijalankan terhadap 53 PATI pelbagai warganegara dan daripada jumlah itu, 16 wanita Thailand dan dua wanita Laos berumur antara 23 dan 40 tahun ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial atau pas kerja.

Zuhair berkata kesemua mereka ditempatkan di lokap jabatannya di Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

Kategori