Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pemergian Ng Kehilangan Besar...

SHAH ALAM - Pemergian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Eddie Ng Tien...

Ros Bukan Sebarang Ros,...

KATA orang, bunga ros merupakan lambang cinta seseorang itu. Tapi tahukan anda terdapat...

Projek Hidroelektrik Bukan Punca...

TEMERLOH - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menafikan dakwaan bahawa pembangunan Projek...

LG Watch Urbane Luxe,...

LG sedia menawarkan G Watch R di mana bentuk jam tangan pintar terbabit...

Pairin Pertimbang Untuk Bertanding Dalam PRU14

KOTA KINABALU – Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan hari ini berkata beliau mungkin mempertimbangkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 sekiranya khidmat beliau masih untuk rakyat, terutamanya dalam kawasan Parlimen Keningau dan Dewan Undangan Negeri Tambunan, yang diwakilinya.

“Adakah kamu mahu saya bertanding lagi? Saya akan mempertimbangkannya (bertanding),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival ulang tahun ke-10 Koridor Pembangunan Sabah di sini.

Timbalan ketua menteri Sabah itu, yang mengumumkan persaraannya daripada politik menjelang akhir penggal pilihan raya, ditanya pemberita sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan khidmatnya kepada rakyat masih diperlukan.

“Sama ada saya akan bertanding atau tidak, kamu akan tahu pada hari penamaan calon. Kita akan hadapi perkara itu apabila tiba masanya,” katanya.

Ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) Sabah akan mempunyai sebuah manifesto bagi negeri ini, Pairin berkata akan ada sebuah untuk melengkapkan manifesto nasional.


“Terdapat pelbagai parti politik komponen BN yang menyumbang ke arah apa yang perlu dimasukkan ke dalam manifesto itu. Sudah tentu, akan ada sebuah di peringkat nasional dan satu lagi di peringkat negeri. Kami perlu mencakupi pembangunan di peringkat negeri dan masa depan Sabah,” katanya. – BERNAMA

Kategori