Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Miliki Wajah Jambu, Lelaki...

BEIJING - Kerana mabuk dan tak sedar diri, lelaki ini dicabul oleh kaum...

Ops Pagar Bendung Aktiviti...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kelantan, Terengganu dan Pahang...

ADUN DAP Kantoi Berjudi,...

Sepatutnya, seorang ADUN yang mewakili kawasannya menjadi contoh kerana dia memikul tanggungjawab dan...

Pandangan Tun Musa Hitam...

Pandangan Tun Musa Hitam terhadap Kit Siang dalam wawancara Mingguan Malaysia 7 Mac...

Pakatan Harapan Akui Minta Pertolongan Asing

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan mengakui meminta pertolongan asing, terutama media luar untuk membangkitkan perkara seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa mereka terpaksa berbuat demikian kerana media tempatan tidak melaporkan perkara berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini. Hadir sama, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dr. Mahathir ditanya berhubung kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 17 Mac lepas bahawa pakatan pembangkang meminta campur tangan asing bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional serta menganggapnya sebagai langkah politik pengecut.

Abdul Hadi dilaporkan berkata Pakatan Harapan mendakwa mereka berbuat demikian kononnya mahu membawa perubahan tetapi menampilkan pula tokoh terkenal dengan banyak salah laku ketika pemerintahannya. – BERNAMA

Kategori