Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Desakan PM Letak Jawatan...

PUTRAJAYA - Desakan segelintir pihak tertentu yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak...

“Saddiq Cukuplah Menipu, Jangan...

KETIKA rakyat mulai mempertikaikan watak sebenar Menteri Belia dan Sukan, kelihatan hari ini...

Takutkan Pengganas, Ribuan Askar...

ROM – Seluruh Itali kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga apabila kerajaan negara itu...

Peserta #‎kitalawan Ganggu Hidup...

KUALA LUMPUR - Pemuda Gerakan mendesak pihak polis bertindak tegas ke atas penganjur...

Paramore Puji Bakat Pereka Grafik Malaysia

SIAPA sangka, selepas mendapat pengiktirafan besar oleh sebuah syarikat produksi besar Hollywood sebelum ini, rakyat Malaysia ini sekali lagi menjadi perhatian luar melalui kreativiti karya seninya.

Seorang pereka grafik tempatan, Adora Chloe George sebelum ini pernah tular apabila lukisannya dipilih Marvel, kini dia sekali lagi mendapat pengiktirafan kumpulan dari Amerika Syarikat, Paramore apabila hasil kerjanya dikongsi.

Kumpulan yang mencapai puncak populariti kira-kira sedekad lalu itu memuat naik foto cenderahati hasil kerja Adora dan rakan pereka grafiknya dari New Zealand yang dikenali sebagai Rhianna di beberapa akaun media sosial.

Perkara itu nyata menggembirakan Adora memandangkan dia sememangnya merupakan peminat tegar Paramore dan sudah beberapa kali mengirim cenderahati berupa sepasang pin kepada vokalis kumpulan tersebut, Hayley Williams.

Kumpulan Paramore

“Paramore kumpulan kegemaran saya sejak dulu. Band itu sentiasa menyokong kami sebagai pereka grafik dan sangat menghargai secara peribadi peminat mereka.

“Jarang kumpulan antarabangsa lain berbuat demikian. Hayley sendiri pun sentiasa like gambar selfie saya di Instagram.

“Untuk pin itu, ia adalah kolaborasi saya dengan kenalan saya Rhianna dari New Zealand. Rhianna yang mengirim pin itu kepada Hayley disebabkan dia mempunyai alamat pejabat Paramore di AS.” Katanya memetik Harian Metro Online.


Jelasnya, dia tertanya-tanya sama ada pin tersebut sampai ke destinasinya, namun akhirnya mendapat jawapan selepas teman lelakinya mengejutkannya seawal jam 6 pagi memberitahunya berita itu.

Disebabkan perkongsian kumpulan itu di laman sosial, Adora mendapat permintaan luar biasa bagi mengeluarkan lagi stok pin berkenaan selepas ia habis terjual dalam masa beberapa jam sahaja.

Antara Hasil Kerja Adora Chloe George

“Terdahulu kami jual 100 unit saja sebelum habis terjual dalam masa beberapa hari dan terus mendapat permintaan. Apabila Paramore kongsi pin itu, tiba-tiba permintaan jadi lebih luar biasa.

“Kami mengambil keputusan untuk memenuhi permintaan pelanggan dan menambah lagi 100 unit menerusi pra pesanan. Dalam masa lima jam saja, pin itu sudah terjual habis,” katanya.

Watak Shuri dalam filem ‘Black Panther’ hasil karya Adora Chloe George

Sebelum ini, Adora pernah mendapat perhatian umum selepas karya seninya melukis watak Shuri dalam filem Black Panther dimuat naik Instagram rasmi Marvel. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori