Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Harus Diberi Akses...

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak harus diberikan akses yang sama terhadap peluang mengembangkan bakat...

Paha Jurukamera Melecur Gara-Gara...

SEORANG jurukamera Bernama News Channel (BNC) melalui pengalaman ngeri dalam hidupnya apabila power bank yang...

Tiga Pemain Bakal Ganti...

BARCELONA nampaknya bersiap sedia untuk membuat perjanjian dengan pemain baharu bagi menggantikan Neymar...

DAP Tentang RUU 355...

PUTRAJAYA - Tindakan DAP menentang Rang Undang-undang Persendirian (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah...

Parlimen China Lulus Hapus Had Penggal Presiden

BEIJING – Ketika pakatan pembangkang di Malaysia membuat manifesto bahawa penyandang perdana menteri hanya berkhidmat dua penggal konon demi elak korupsi, lain pula hal di China.

Parlimen negara terbesar Asia Timur itu meluluskan beberapa pindaan perlembagaan termasuk memansuhkan fasal yang selama ini mengehadkan penggal pemerintahan presiden, membolehkan Xi Jinping terus kekal lagi berkuasa.

Pengumuman undian tersebut, disaksikan media di Dewan Besar Rakyat lewat semalam berjaya diluluskan dengan hanya dua undi ‘tidak sokong’ manakala tiga pula memilih berkecuali daripada kalangan hampir 3,000 ahli delegasi.

Parti Komunis China mencadangkan usul pindaan berkenaan pada bulan lalu dan ia dengan mudah memang sudah dijangka mudah untuk diluluskan memandangkan kerusi Parlimen cuma dipenuhi anggota setia propemerintah.

Sebelum proses pengundian, pengkritik kerajaan menerusi media sosial mengecam tindakan reformasi itu dan membandingkan dengan rejim Korea Utara atau menuduh wujud ketaasuban personaliti seperti era Mao Zedong.

Namun, kerajaan China bertindak pantas membendung tohmahan jahat puak propembangkang dengan menyekat beberapa artikel antikerajaan dan menerbitkan siri tulisan yang banyak memuji kehebatan parti sejak sekian lama.

Golongan setia parti yang hadir ke sesi tahunan Parlimen itu berkata, keputusan yang dibuat adalah popular dalam kalangan rakyat biasa China dan mendakwa negara tersebut bertuah memiliki pemimpin berkaliber seperti Jinping.


Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Komunis China dan berusia 64 tahun, memulakan penggal kedua lima tahun sebagai ketua parti pada Oktober lalu dan pada penghujung minggu ini secara rasmi dilantik oleh Parlimen.

Jinping menjadi ahli parti sejak 1974, merupakan presiden China ketujuh mengambil alih jawatan ketua negara itu daripada Hu Jintao pada 14 Mac 2013. Bapa beliau pernah menjadi Naib Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan.

Had dua penggal lima tahun presiden ditulis dalam perlembagaan China selepas kematian Zedong pada 1976 oleh Deng Xiaoping, yang mengiktiraf bahaya pemerintahan diktator dan pemujaan berbanding kepimpinan bersama.

Beberapa negara antaranya Amerika Syarikat dan Rusia masih mengehadkan tempoh jawatan selama dua penggal tetapi ada negara membuang peraturan itu kerana dianggap tidak demokratik. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori