KANTOI LAGI…. Parlimen Switzerland di Bern semalam mengesahkan dana 104 juta Swiss Franc atau RM430 juta yang konon dikaitkan dengan Malaysia sebenarnya bukan pun milik 1MDB.
Ia susulan penolakan usul pelik itu di Parlimen Switzerland. Untuk rekod, usul berbaur fitnah konon untuk mengembalikan dana itu ke Malaysia, dimulakan Ahli Parlimen dari Parti Sosial Demokrat, Carlo Sommaruga.
Usul tersebut bahkan ditolak dengan 138 wakil mengundi untuk menentang manakala hanya 53 yang menyokong. Menurut Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland, Ignazio Casssis, usul ganjil berkenaan adalah terlalu umum.
“Usul ini memang terlalu umum, kerana ia meminta Majlis Persekutuan Switzerland masuk campur melangkaui apa yang mampu dilakukannya sendiri, ekoran amalan pemisahan kuasa dan kebebasan kehakiman,” kata beliau.
Dakwaan bahawa dana di Switzerland itu kononnya dari 1MDB bukannya dibuat pihak berkuasa Switzerland tetapi oleh Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh, Wan Azizah Wan Ismail.
Sejak bila Kit Siang, Wan Azizah dan Pengarah Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme, Cynthia Gabriel yang membuat dakwaan jahat itu boleh pula memandai-mandai buat cerita dan jadi seumpama ejen FBI di Switzerland?
Padahal ia adalah duit hasil hukuman penalti terhadap sejumlah bank swasta di Switzerland tetapi dituduh dan diputar belit oleh mereka konon itu ialah duit daripada akaun 1MDB yang hilang dicuri kerajaan Malaysia sendiri.
Wan Azizah yang juga Presiden PKR dan Kit Siang iaitu pemimpin ‘otai’ DAP sanggup menulis surat kepada kira-kira 154 orang Ahli Parlimen negara itu untuk menuntut wang berkenaan agar dipulangkan kepada ke Malaysia.
Hendak pulang buat apa? Duit itu memang bukan duit milik 1MDB dan tiada rekod duit 1MDB pernah hilang dibawa lari ke Switzerland. Malah pihak 1MDB dan Kementerian Kewangan (MOF) sendiri pun buat kenyataan.
Lucunya yang terlebih pandai reka cerita kata konon duit disimpan dalam pelbagai akaun rahsia beberapa buah bank Switzerland itu adalah duit 1MDB sebenarnya adalah daripada pihak parti pembangkang di Malaysia.
Duit RM430 juta di Switzerland itu adalah jumlah keseluruhan saman dan penalti dikenakan oleh Pengawal Selia Kewangan Switzerland (FINMA) kepada bank-bank swasta kerana langgar peraturan perbankan Switzerland.
Untuk buat cerita karut di Switzerland, puak pembangkang di Malaysia memilih Sommaruga bagi membawa usul di Parlimen negaranya. Siapakah Sommaruga ini? Lelaki ini dikatakan sama ‘cita rasa dengan pembangkang Malaysia.
Beliau terkenal menyokong hubungan songsang dan homoseksual di negara Eropah itu. Pada 13 Disember 2012, Parlimen Switzerland meluluskan usul membenarkan pasangan sejenis berkahwin untuk mengambil anak angkat.
Bayi tersebut boleh dijadikan anak sendiri dan Sommaruga mengundi sokong usul itu diluluskan. Di Australia pun, pembangkang Malaysia cari puak LGBT, di Switzerland pun cari geng LGBT juga untuk memburukkan Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak pun selar pembangkang termasuk Chyntia dan Pengarah Global Bersih, Bala Chelliah sebar berita palsu mengaitkan usul Parlimen Switzerland itu dengan 1MDB.
“Mereka telah khianati negara dengan hantar surat kepada anggota Parlimen Switzerland dan wakil NGO Malaysia ini membuat perjalanan ke sana melobi ahli parlimen Switzerland supaya menyokong usul tersebut,” kata Salleh.
Pada 16 Jun tahun lepas, Sommaruga mengemukakan usul bertajuk ‘Penghantaran Balik Dana Rasuah Rakyat Yang Dirompak’. Ia dinyatakan secara umum serta banyak nama syarikat lain disebut berserta dengan negara mereka.
Usul dikemukakan Sommaruga pada 15 Mac 2018 adalah kali kedua, ia bukan dituju kepada 1MDB atau Malaysia. Pada 30 Ogos 2017, Majlis Persekutuan Switzerland (sama dengan Kabinet), mengeluarkan analisis terperinci.
Mereka mengkaji usul itu dan Kabinet Switzerland dicadangkan untuk menolak usul itu. Ia bermaksud Parlimen Switzerland dan Kabinet negara itu pun menyiasat kesahihan maklumat yang diberikan dengan bukti dibawa.
Apabila sudah dua kali ditolak pada Ogos 2017 dan Mac 2018, ini membuktikan bahawa cerita duit 1MDB kononnya ada di Switzerland hanyalah cerita tipu semata-mata. Ia memang direka oleh tali barut pembangkang di luar negara.
Antaranya portal Sarawak Report dan akhbar Wall Street Journal. Guna pula ahli Parlimen pro-LGBT untuk bawa usul di parlimen. Malangnya ada bekas menteri di Malaysia percaya bulat-bulat cerita yang ditaja proksi Yahudi ini.
Kelakarrnya Tan Sri Rais Yatim antara yang kena tipu oleh media itu. Hakikatnya duit di Switzerland ini bukan duit 1MDB. Bagaimana hendak menjadi penasihat kerajaan Malaysia kalau mudah sangat percaya cerita palsu sebegini?
“Justeru, boleh dirumuskan bahawa 104 juta franc Swiss itu adalah hasil denda oleh pihak FINMA terhadap bank-bank tertentu,” menurut kenyataan media dikeluarkan sendiri oleh 1MDB di ibu negara pada Rabu lepas.
Samalah juga dengan cerita lukisan mahal, kapal terbang eksekutif dan kapal layar mewah milik ahli perniagaan Jho Low yang kononnya dibeli dengan duit 1MDB. Sudah terbukti sekarang, dakwaan yang dibuat itu pun tidak benar.
Pembangkang ternyata berhempas pulas mempergunakan majalah The Economist, selain ahli parlimen pro-LGBT di Switzerland dan Sarawak Report tetapi dakwaan terbaharu makalah perniagaan itu juga adalah tidak berasas.
Semua campur tangan asing ini sedang digunakan sebagai mungkin untuk sebar cerita propaganda jahat dan bermain persepsi negatif menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada kali ini yang dijangkat amat sengit.
Selepas ini, pihak media dari Australia pula digunakan. Nampak sangat pembangkang di Malaysia sudah terdesak. Sanggup undang ‘tangan asing’ untuk datang masuk campur hal politik di Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA