Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

1,500 Peserta Akan Lafaz...

ALOR SETAR - Seramai 1,500 peserta terdiri daripada agensi awam dan pihak berkuasa...

Pembantu Am, Ejen Insurans...

Kuantan : Pembantu am dan ejen insurans mengalami kerugian keseluruhan berjumlah lebih RM400,000...

Implan Payudara Pecah Selepas...

VENEZUELA – Bekas model Playboy yang juga seorang penari tiang, akhirnya dikejarkan ke...

Wan Rosdy, Khaled, Johari...

KUALA LUMPUR: Barisan Naib Presiden UMNO menyaksikan penampilan dua muka baharu selepas mereka...

PAS Akui Saingan Sengit Untuk Kuasai Terengganu

KUALA TERENGGANU – PAS akui akan berlaku persaingan sengit dalam cubaan untuk menguasai Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Pengerusi Badan Penasihat Parti PAS, Datuk Mustafa Ali berkata berdasarkan pemantauan terkini Barisan Nasional (BN) masih kuat walaupun menggunakan ‘’senjata lama’.

Katanya, strategi yang digunakan jentera UMNO dalam mendekati masyarakat luar bandar juga masih memberi kesan.

“Di sini (Terengganu) kawasan luar bandar telah dikuasai oleh UMNO dan ada juga PAS… pertarungan sebenar di Terengganu adalah di antara PAS dan BN dan bukanlah Pakatan Harapan,” katanya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu di sini hari ini.

Tambahnya, sama ada BN mahupun PAS kini telah belajar daripada pengalaman pada pilihan raya lepas yang mana ada anggota yang keluar daripada parti masing-masing hingga menyebabkan sasaran menguasai kerusi terjejas.

Ditanya tentang firasat beliau tentang kemenangan di negeri ini pula, beliau berkata ia bagaikan 50-50 berdasarkan keadaan semasa.

Berikutan itu beliau dan jentera PAS telah merancang pelbagai strategi agar mampu menawan Terengganu.


Sementara itu mengulas mengenai tuduhan Pakatan Harapan (PH) yang menyatakan PAS memberi sokongan dan bekerjasama dengan BN beliau berkata perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali dan PAS bukanlah menyokong BN.

Beliau turut menegaskan bahawa PH bukanlah lawan sebenar kepada BN mahupun PAS di negeri ini kerana yakin PH tidak mempunyai pengaruh yang meluas malah minda masyarakat sekeliling hanya akan memikirkan untuk mengundi PAS atau BN,

Mengenai jangkaan PAS tentang tarikh mengundi, beliau berkata: “Hampir semua pemimpin politik menjangkakan ia berlaku sebelum Ramadan.”

Mustafa berkata berdasarkan pengalamannya, agak sukar untuk meneka siapa dan parti manakah yang akan menerajui negara selepas PRU14 nanti kerana kepercayaan pengundi boleh berubah dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Kategori