Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

GAMBAR: Budak Sekolah Syok...

Sekali pandang gambar ini, mata akan tertancap pada keindahan bendang atau sawah padi...

Anggota UTK Bukit Aman...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan...

Melestari Pertanian Di Kawasan...

KUALA LUMPUR - Seorang pakar pertanian menyarankan agar dilakukan kaedah 'pertanian menegak' (vertical...

Hina Mendiang Berpangkat ‘Datuk’,...

GEORGETOWN - Video seorang lelaki bertatu disebat betubi-tubi dengan menggunakan hos getah menjadi...

PAS Minta Pengundi Lembah Pantai Buat Perubahan

KUALA LUMPUR – PAS memperkuatkan gerak kerja parti itu di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang disandang oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Encik Ahmad Sathola Khan berkata, PAS mendapati sambutan dan penerimaan pengundi Lembah Pantai keatas parti itu sangat positif.

“Kita melihat satu perkembangan positif di sini yang menunjukkan keberadaan PAS makin disambut baik oleh pengunjung serta para pengundi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terbaru, PAS Lembah Pantai mengambil kesempatan beramah mesra bersama warga Sentosa di pasar malam mingguan di sini.

Program itu dimulakan dengan ucapan pimpinan PAS Kawasan yang menyeru pengunjung dan peniaga menilai kualiti kepimpinan menurut kaca mata Islam.


Pengundi Lembah Pantai diseru memilih pemimpin yang boleh diharapkan untuk mentadbir negara dan menjamin kesejateraan rakyat.

“Saya mengajak semua hadirin supaya kita berfikir dan mampu membuat pertimbangan sewajarnya bagi memastikan keamanan dan kestabilan hidup dapat dikecapi akan datang.

“Justeru, menuju PRU14, ayuh kita melakukan perubahan,” ujar beliau. – Mynewshub.cc

Kategori