Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jadi Keliru, Pemimpin PH...

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin melahirkan rasa keliru...

Popov Ganti Devan Kendali...

KUALA LUMPUR - Bekas pengendali pasukan kebangsaan Maldives, Velizar Emilov Popov dilantik menjadi...

Ditipu RM4 Sehari, Lelaki...

SIBU - Seorang lelaki yang tidak dapat menahan kemarahannya selepas kredit telefon prabayarnya...

Antara Badut McDonald’s dan...

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak boleh...

PBB Kritik Kenyataan Ketua Tentera Myanmar

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengkritik kenyataan ketua tentera Myanmar bahawa etnik Rohingya tidak memiliki persamaan dengan kumpulan etnik lain di negara itu.

Menurut beliau, kenyataan Jeneral U Min Aung Hlaing ketika perhimpunan tentera itu amat mengejutkan.

Hlaing ketika perhimpunan di negeri Kachin, kelmarin, yang merujuk etnik Rohingya sebagai ‘Benggali’ iaitu istilah bagi menggambarkan mereka sebagai orang asing, berkata, kaum berkenaan tidak memiliki persamaan dengan etnik lain di Myanmar.

“Ketegangan di Myanmar semakin bertambah kerana Benggali ini menuntut kerakyatan,” kata jeneral itu kepada Dhaka Tribune.

Guterres berkata, terdapat keperluan amat kritikal untuk memastikan semua pendatang Rohingya boleh pulang ke negara asal mereka dengan selamat, bermaruah dan sukarela.


Majlis Keselamatan PBB sedang menunggu lampu hijau dari Myanmar untuk melihat sendiri krisis pelarian etnik Rohingya, namun sehingga kini belum memperoleh sebarang jawapan. – Reuters/myMetro Online

Kategori