Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Isteri SM Faisal:...

SUSULAN kontroversi video perebutan anak di antara seorang ahli perniagaan terkenal dengan bekas...

FELDA Muktamad Hutang Peneroka...

KUALA KUBU BHARU - FELDA bakal memuktamadkan penyelarasan senarai hutang peneroka Mei ini. Menteri...

Isteri Maut Ditembak Suami...

KANGAR : Seorang suri rumah maut ditembak oleh suaminya yang juga anggota polis...

Iraq Beri Tempoh 48...

BAGHDAD - Iraq hari ini memberi tempoh 48 jam kepada askar Turki untuk...

PBSNT Mahu TMJ Fikir Keputusan Letak Jawatan

KUALA TERENGGANU – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mahu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memikirkan kembali keputusan baginda meletak jawatan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden 1 PBSNT Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata ini kerana baginda telah banyak memberi sumbangan dan pembaharuan dalam arena bola sepak negara sejak menerajui persatuan itu.

“Kita merasakan setakat ini penglibatan TMJ dalam arena bola sepak kebangsaan telah memberikan satu suntikan yang agak baik terutama dalam penyusunan dan pelaksanaan perlawanan Liga Super, Liga Perdana dan lain-lain perlawanan.

“Baginda juga telah berusaha mendapatkan tajaan sebagai insentif kepada pasukan yang bertanding dalam liga dengan nilai tertentu dan ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban pasukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Khamis lepas, TMJ membuat pengumuman ingin meletak jawatan sebagai Presiden FAM dalam laman Facebook Johor Southern Tigers berikutan kejatuhan ranking skuad Harimau Malaya ke tangga 178 dunia dan menganggapnya sebagai satu kegagalan besar.

Wan Nawawi berkata PBSNT terkilan dengan tindakan TMJ meletakkan jawatan di tengah-tengah musim dan melihat seolah-olah ia keputusan yang tergesa-gesa, bagaimanapun pihaknya faham baginda mengambil sikap kebertanggungjawaban atas ranking pasukan bola sepak Malaysia itu.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

Kategori