TRAGIS… Seorang penjaga zoo maut akibat diserang oleh seekor singa selepas dia terlupa menutup pintu kandang binatang itu dengan sempurna.
Sebelum kejadian, Gustavo Serrano Carabajal, 28, telah membersihkan kandang singa di zoo Nicolas Bravo di Tulancingo, Mexico.
Apabila dia terlu menutup kandang itu, binatang terbabit dapat membukanya lalu menyerang Carabajal serta menggigit lehernya.
Mayat Carbajal kemudiannya ditemui di sebelah singa jantan berusia 22 tahun, yang dinamakan sebagai Kimba.
Kimba bagaimanapun tidak akan dibunuh sebaliknya pihak berkuasa akan meningkatkan lagi tahap keselamatan bagi pekerja yang berdepan dengan binatang buas.
Sebanyak 75 peratus daripada binatang di zoo itu diberikan perlindungan bagi pihak kerajaan untuk Perlindungan Alam Sekitar (PROFEPA).
Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan akan memberikan sokongan kepada keluarga mangsa. – MYNEWSHUB.CC