Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Lim Guan Eng Mengumpat...

WAH-WAH, nampaknya Lim Guan Eng memang jenis 'cakap tak berlapik' langsung bila memberitahu apa yang difikirkannya kepada sebuah akhbar berbahasa...

Remaja Ditahan Kerana Buat...

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki ditahan polis kerana membuat laporan palsu kononnya...

Usul AS Bela Israel...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York - Solusi Washington yang diperjuangkan oleh Duta...

Astro Tarik Diri Anugerah...

PETALING JAYA - Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) tetap menerima pencalonan sengit daripada...

Pelajar Asing Teruja Pelajari Budaya Masyarakat Melayu

BESUT – Keramahan dan sifat suka membantu masyarakat Melayu di negara ini rata-rata dikagumi sekumpulan pelajar antarabangsa yang menyertai Program Serumpun Sejagat yang diadakan di Kampung Kubang Depu, dekat sini baru-baru ini.

“Masyarakat Melayu sungguh peramah dan sangat suka membantu meskipun orang yang dibantu adalah warga asing,” kata warga Nigeria, Latef Wale Adeyemo, 51, yang kini sedang mengikuti pengajian bidang undang-undang peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan,

Beliau antara 134 pelajar membabitkan 39 wanita dan 95 lelaki daripada 39 negara yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini, yang menyertai program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi itu bagi mengenali budaya dan cara hidup masyarakat berbilang kaum dengan lebih dekat.

Menurut Latef program itu memberi pengalaman kepada pelajar antarabangsa sepertinya, tentang budaya masyarakat Malaysia yang walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama tetapi masih kekal dapat hidup dalam aman dan harmoni.

Dalam program itu, mereka dikehendaki tinggal bersama keluarga angkat selama tiga hari sejak Jumaat lepas, di perkampungan yang terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Jertih.

“Ini merupakan pengalaman pertama dalam hidup saya dan saya merasakan masyarakat di Malaysia amat bertuah kerana mampu hidup dalam suasana aman dan lengkap dengan kemudahan asas yang disediakan oleh pemerintah.

“Program ini membolehkan saya mengenali masyarakat Malaysia yang sedikit sebanyak mempunyai hubungan dengan pembelajarannya dalam bidang undang-undang di sini,” katanya ketika ditemui Bernama.

Bagi Abd Rahman Hatem, 21, yang berasal dari Mesir, penyertaan beliau dalam program itu bertepatan dengan minatnya yang sukakan kerja-kerja sosial.

Abd Rahman yang kini sedang mengikuti bidang Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kajang, Selangor berkata beliau amat gembira dapat mempelajari budaya hidup dan kerja masyarakat Melayu di kampung dan amat tertarik dengan sikap orang-orang Melayu yang meraikan tetamu sepertinya.

“Di negara saya, jarang diadakan majlis gotong-royong seperti membersihkan kampung sendiri kecuali pada majlis kahwin, ini amat mengagumkan,” katanya.

Bagi Han Feng Ying, 26, seorang Muslim dari China pula tertarik dengan masakan masyarakat Melayu yang tidak jauh bezanya, dengan masakan di negara asal beliau.

“Saya teruja dengan penganjuran program seumpama ini yang jelas memberi peluang kepada kami sebagai pelajar luar mengenali budaya dan cara hidup masyarakat Melayu yang amat peramah dan suka menolong” katanya.


Han yang kini sedang mengikuti pembelajaran bidang Sumber Kemanusiaan di peringkat Sarjana di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor berkata beliau seronok berada di negara ini kerana suasananya yang aman, membolehkannya menjalani kehidupan sebagai pelajar dengan tenang.

Bagi Justy N A ,38, dari Holand pula menganggap kesederhanaan kehidupan masyarakat di negara ini mempersonakannya dan ia berbeza dengan kehidupan masyarakat di Barat.

“Saya juga tertarik dengan keindahan negara Malaysia terutamanya pantainya yang bersih dan cantik seperti negeri Terengganu yang masih lagi terpelihara daripada sebarang pencemaran,” katanya yang kini menyambung pelajaran peringkat Sarjana di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kubang Depu yang juga bertindak sebagai Pengarah Program, Fakaru Azhar Mohd memberitahu ini merupakan kali pertama penduduk di kampungnya mendapat anak angkat dalam kalangan warga asing.

“Sepanjang tinggal bersama keluarga angkat mereka telah dibawa menjalani aktiviti rutin penduduk kampung.

“Selain diajak ke sawah dan mempelajari cara-cara membuat masakan dan kuih tradisional, mereka juga berpeluang menghasilkan beberapa jenis kraftangan yang diusahakan oleh penduduk, di samping mengikuti program gotong-royong membersihkan kampung,” katanya.

Menurut Fakaru, walaupun sesetengah pelajar tidak pandai berbahasa Melayu dan keluarga angkat pula tidak pandai berbahasa Inggeris tetapi komunikasi tetap berlaku, iaitu menggunakan bahasa isyarat dan sedikit bahasa Melayu.

“Walaupun para pelajar ini datang dari pelbagai bangsa dan budaya, penduduk kampung telah bergotong-royong bagi melaksanakan program ini dengan baik sekali termasuk menyediakan makanan untuk dimakan secara beramai-ramai,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori