Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Beku 41 Akaun...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun Aman Palestin Bhd...

Perubahan Kerusi Parlimen Minggu...

MESYUARAT Penggal Kedua Parlimen ke-14 pada 11 Mac ini bakal menyaksikan pertambahan kerusi...

“Saya Mohon Maaf, Dia...

MACHANG - Susulan kes seorang lelaki mencabul dan cuba merogol seorang wanita di...

Nilai Kekayaan Taikun Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kelembapan ekonomi, penularan wabak Covid-19, kelemahan ringgit dan kejatuhan FBM...

Pelajar Maut Kemalangan 4 Kenderaan

KULAI – Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan empat kenderaan di Kilometer 38.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, awal pagi tadi.

Dalam insiden kira-kira jam 2.50 pagi, Mohammad Fareez Mohammad Rosli, 17, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa cedera di bahagian kepala dan badan, adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kelapa Sawit dan beralamat di Taman Scientex di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar, berkata kemalangan itu membabitkan masing-masing sebuah lori Ford, kereta Perodua Axia dan motosikal Honda Dash serta Yamaha LC135.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang sendirian menunggang motosikal Honda Dash, gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar bahagian belakang lori sedang bergerak di lorong kiri.

“Akibat kemalangan itu, mangsa terjatuh ke atas jalan raya dan pada masa sama, datang kereta Perodua Axia tetapi pemandunya tidak sempat mengelak.

“Kereta terlanggar motosikal dan penunggangnya itu kemudian hilang kawalan serta merempuh belakang lori sebelum datang sebuah lagi motosikal yang tidak sempat mengelak lalu terbabas,” katanya.


Beliau berkata, akibat kemalangan itu, pemandu kereta, T Sanmuga, 45, dan penunggang motosikal Yamaha LC135, Arif Ridzuan Masran, 17, cedera serta dirawat di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini.

Katanya, pemandu lori terbabit, Zainal Abidin Shamsuddin, 65, bagaimanapun tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori