Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Nyanyian Jadi Keutamaan, Hafeez...

SEBAGAI seorang pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berasa sangat teruja atas tawaran filem...

Elly Tuntut Wang Belanja...

TERDAHULU Elly Mazlein menjadi bualan gara-gara menyindir bekas suaminya, Azmi Hatta berhubung perihal...

Jakim Nafi Keluar Kenyataan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan ada mengeluarkan kenyataan media...

Daftar Facebook Dengan SKMM...

KUALA LUMPUR - Cadangan pendaftaran pengguna laman sosial Facebook dengan Suruhanjaya Komunikasi dan...

Pelan Induk Pejalan Kaki & Basikal KL Sedang Disiapkan

KUALA LUMPUR – Satu garis panduan kemudahan pejalan kaki dan basikal yang selamat serta berkesan untuk kegunaan warga kota akan diwujudkan.

Kementerian Wilayah Persekutuan berkata ketika ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang menyiapkan Pelan Induk Pejalan Kaki dan Basikal Kuala Lumpur, bagi menggalakkan orang awam berjalan kaki dan berbasikal di ibu kota selain mengatasi kesesakan lalu lintas dan mengurangkan pelepasan karbon di Kuala Lumpur.

“Skop kajian penyediaan Pelan Induk Pejalan Kaki dan Basikal ini merangkumi aspek fizikal dan non fizikal.

“Aspek fizikal bermaksud kajian perancangan gunatanah, pelan rangkaian penghubung dan penyediaan kemudahan infrastruktur. Aspek non fizikal pula bermaksud menyediakan cadangan program kesedaran, keselamatan, penguatkuasaan dan program penglibatan komuniti,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis hari ini.


Jawapan bertulis itu bagi menjawab soalan Dr Mohd Hatta Md. Ramli (AMANAH-Kuala Krai) yang ingin tahu langkah-langkah kementerian untuk menyediakan laluan berbasikal di kawasan DBKL yang selamat dan berkesan kepada pengguna.

DBKL akan memastikan pelaksanaan lorong basikal mencapai tahap keselamatan yang tertinggi selaras dengan undang-undang negara dan garis paduan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DBKL

Kategori