Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dua Rakan Sekerja Maut...

SEREMBAN - Dua rakan sekerja maut dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer...

Kelantan Sedia Runding Dengan...

KOTA BHARU - Kerajaan negeri sedia mengadakan rundingan dengan kerajaan persekutuan berhubung pelbagai...

Rusia Umum Fasa Pertama...

LVIV : Jeneral Tentera Rusia mendakwa ‘fasa pertama’ pelan ketenteraan Rusia sudah berjaya...

Izreen Azminda ‘Melenting’ Peminat...

PELAKON yang semakin menyerlah bakat nyanyiannya dalam program Gempak Superstars, Izreen Azminda meluahkan...

Peluang Nikmati Hidangan Malam Dalam Pesawat

KUALA LUMPUR – Pernahkah anda berangan-angan untuk menjamu selera di dalam sebuah pesawat di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur?

Jika belum pernah, anda boleh menjadikannya suatu kenyataan dengan mengunjungi ‘Plane In The City’ di Bukit Bintang di sini mulai 31 April ini.

Dianjurkan TwoSpicyEntertainment Live, peluang untuk menjamu selera di dalam sebuah pesawat Boeing 737, yang hanya boleh menampung 20 tetamu pada sesuatu masa, boleh dinikmati hingga akhir tahun ini.

Hidangan malam istimewa itu akan disajikan oleh Le Meridien Hotel Kuala Lumpur pada harga dari RM199 seorang mengikut pakej yang dikelaskan sebagai Ekonomi, Perniagaan dan Kelas Satu, kata ketua pegawai eksekutifnya Arvin Randahwa pada sidang berita di sini, hari ini.

Beliau berkata di samping menjamu selera dengan beraneka hidangan dan diiringi hiburan, tetamu juga berpeluang berswafoto di kokpit dan berjalan di atas sayap pesawat berkenaan.

“Ia akan memberi satu pengalaman yang sukar dilupakan kepada warga tempatan dan pelancong untuk meraikan orang tersayang, sahabat handai dan klien masing-masing dengan menikmati hidangan menyelerakan,” katanya.

Beliau berkata jualan tiket akan bermula Isnin ini dan orang ramai boleh membuat tempahan melalui www.planeinthecity.com.


“Kami juga merancang melancarkan pakej keraian bersempena sambutanhari lahir dan ulang tahun sesuatu peristiwa istimewa,” katanya.

Mengenai usaha membawa pesawat berkenaan ke tengah-tengah ibu kota, Arvin berkata syarikat itu mengambil masa 24 jam untuk mengangkutnya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang ke Jalan Bukit Bintang.

“Ia suatu perjalanan yang rumit dan panjang.

“Walaupun perjalanan itu bukan sesuatu yang mudah, kami bertekad untuk memberi peluang sekali seumur hidup kepada tetamu kami kerana mereka perlu melalui prosedur serupa untuk menaiki pesawat di lapangan terbang,” katanya. – BERNAMA

Kategori