Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Minta Kredit Yen...

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Selasa berkata beliau meminta...

Perancangan Endemik Sudah Selesai...

KUALA LUMPUR: Perancangan untuk beralih ke fasa endemik sudah dimuktamadkan dan akan dibentangkan...

Tidak Sorok Kegiatan Dadah...

BATU KURAU - Kementerian Pendidikan memberi amaran kepada pihak sekolah agar tidak menyembunyikan...

Tempoh Reman Pemimpin Muda...

PUTRAJAYA - Tempoh reman terhadap seorang pemimpin muda PKR Selangor dilanjutkan empat hari...

Pemain Industri Minyak & Gas Perlu Kekalkan Kos

KUALA LUMPUR – Pemain industri minyak dan gas (O&G) perlu terus berwaspada dalam mengekalkan disiplin kos serta memacu ke arah kecekapan dalam menangani ketidaktentuan prospek industri, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Katanya kebimbangan terhadap kos pemulihan harga minyak merupakan petanda peningkatan berada pada tahap membimbangkan.

“Ini didorong oleh kegembiraan sebelum waktunya dalam kalangan pemain industri. Jika kita tidak berhati-hati dan menangani kos yang meningkat, industri secara keseluruhannya akan menghadapi risiko penghapusan nilai yang diperoleh daripada usaha kecekapan kos yang intensif sejak tiga tahun lalu,” katanya pada Persidangan Teknologi Luar Pesisir Asia 2018 (OTC Asia 2018) di sini, hari ini.

Wan Zulkiflee berkata Petronas melalui inisiatif Pakatan Pengurangan Kos atau CORAL 2.0, setakat ini menjana nilai yang ketara sebanyak RM11.5 bilion sejak ia dimulakan pada 2015

Ini katanya, adalah bukti kerjasama erat yang dikongsi antara syarikat minyak dan gas kebangsaan itu dengan rakan niaganya dalam memupuk pemikiran mengenai kesedaran terhadap kos bagi memacu kecekapan dan inovasi yang lebih baik.

Katanya, ketika harga minyak menunjukkan tanda pemulihan, kemampanan harga masih dapat dilihat.


“Apa yang kita saksikan hari ini ialah pertembungan banyak perkara, terutama pengurangan pengeluaran secara sukarela oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC, kadar inventori yang rendah, gangguan terhadap bekalan di beberapa bahagian di dunia juga permintaan yang tinggi terutama di Asia.

“Harga minyak yang semakin baik membawa kepada peningkatan yang kukuh terhadap aktiviti berkaitan yang dibuktikan melalui bilangan pelantar penggerudian yang aktif.

“Ini seharusnya mencetuskan lebih banyak peluang perniagaan dalam industri, dan di Malaysia, kita sudah berjaya membuat pengeluaran pertama bagi 11 projek,” katanya. – BERNAMA

Kategori