Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Timbalan Ketua Bahagian MIC...

IPOH : Timbalan Ketua Bahagian MIC Tapah D.Sivabalan maut selepas kereta dipandunya terbabas...

Sarah, Andi Tiada Istimewa,...

JUARA program Big Stage Sarah Suhairi menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan...

Makam Purba 4,400 Tahun...

KAHERAH - Sekumpulan ahli arkeologi Mesir menemui makam milik seorang pendeta yang dianggarkan...

Suhaimi Tolak Vaksin, Amal...

BEKAS ahli kumpulan In-Team, Suhaimi Saad, membuat pendedahan bahawa keempat-empat anaknya tidak pernah...

Pemandu Lori Sebabkan Kematian Didakwa

GERIK – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian empat sekeluarga di Km 31.3 Jalan Kuala Kangsar – Gerik di sini, pada 10 Disember lalu.

Ketika dibacakan pertuduhan di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin, tertuduh, Muhammad Readha Adenan, 25, bagaimanapun meminta untuk dibicarakan semula.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai pemandu lori yang menggunakan kenderaan terbabit di atas jalan raya memandu secara melulu, cuai dan berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Nur Ain Hafizah Ismail, 23; Nur Ain Hanifah, 9, Muhammad Hanif, 9, dan Ismail Yaacob, 54.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 31.3 Jalan Kuala Kangsar- Gerik di sini, 10 Dis lalu, mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000.

Majistret bagaimanapun membenarkan Muhammad Readha diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan lesen memandu digantung sementara serta menetapkan 4 Mei untuk sebutan semula di Mahkamah Majistret Lenggong.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Azfar Mahmod manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori