Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Koperal Polis Di IPD...

BALING - Seorang anggota Unit Kereta Peronda (MPV) polis ditemui mati akibat tertembak...

Tentera Syria Gugur 60...

DAMSYIK - Rejim Presiden Bashar Al-Assad dan Rusia melancarkan serangan udara ke atas...

Polis Kedah Selamat 9...

ALOR SETAR - Sembilan lelaki yang dipercayai menjadi mangsa culik dan pemerdagangan manusia...

Amy Kecewa Digelar Anjing...

VOKALIS kumpulan rock Search, Amy bengang dan kecewa dengan anak pemain dram kumpulan...

Pemandu Lori Tetak Isteri Mengaku Tak Bersalah

KLANG – Seorang pemandu lori yang didakwa menetak isterinya dalam satu klip video yang tular pada 8 Mac lepas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh wanita berkenaan.

Tertuduh, N. Somoo, 38 dan rakannya, V. Chandaramogan, 42, seorang kelindan lori, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Kedua-dua lelaki tersebut didakwa bersama-sama dengan niat cuba membunuh R. Komathi, 43, dengan menetaknya menggunakan senjata parang di hadapan Kilang Flexi Components (KL) Sdn Bhd, di Taman Perindustrian Klang Jaya, di sini kira-kira 8 pagi, 8 Mac lepas.

Mereka didakwa menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun penjara jika sabit kesalahan.

Peguam K. Nathiya yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah menawarkan jaminan yang munasabah atas alasan kedua-duanya penanggung tunggal keluarga selain berjanji tertuduh tidak akan mengganggu mangsa.


Timbalan Pendakwa Raya Tan Chiew King bagaimanapun memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana Komathi masih terlantar di hospital dan kes tersebut juga telah tular di media sosial.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dan menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes.

Dalam kejadian pada 8 Mac itu, Komathi ditetak beberapa kali ketika diheret kedua-dua lelaki tersebut ke sebuah keretai menyebabkan wanita tersebut cedera di kepala, kedua-dua kaki, pergelangan tangan kiri dan belakang badan. – BERNAMA

Kategori