Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

6 Anggota Bomba Lemas...

JASA... Enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mati lemas dalam...

Gambar Anjing Gonggong Bayi...

GAMBAR seekor anjing menggonggong seorang bayi yang baru lahir tersebar meluas di laman...

Aliran Trafik Ibu Kota...

KUALA LUMPUR - Keadaan trafik di beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar...

Sembilan Dicekup Dalam Parti...

SEMBILAN orang ditahan di sebuah rumah di Taman Suria Muafakat, Johor Bahru selepas...

Peluang Pemandu Teksi Jana Pelanggan Guna E-Hailing

KUALA LUMPUR – Pemandu teksi yang menggunakan aplikasi mudah alih telefon pintar e-hailing mempunyai peluang lebih tinggi untuk dipilih oleh pelanggan, sekali gus menambahkan pendapatan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata disebabkan itu, kerajaan kini sedang giat mengadakan penerangan kepada pemandu teksi di seluruh negara menawarkan perkhidmatan e-hailing yang mempunyai kelebihan tersendiri.

“Kita mahu mereka berhijrah kepada penggunaan e-hailing supaya mereka menjadi antara pilihan pelanggan.

“Ini kerana aplikasi ini bukan hanya melibatkan Uber dan Grab sahaja, tetapi 22 syarikat yang menggunakan aplikasi e-hailing di seluruh Malaysia,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan tambahan Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar).

Nancy berkata pemandu teksi yang menggunakan aplikasi itu juga mempunyai pilihan sendiri untuk mendapatkan pelanggan menerusi aplikasi itu, mahupun kaedah biasa dengan mengambil penumpang di jalanan.


Menjawab soalan asal Jumat berkenaan status pengusaha Uber di Sabah, beliau berkata pada masa ini, pemandu Uber yang aktif di Sabah adalah 4,000 orang dengan bilangan 150,000 penumpang dari 69 negara melibatkan kawasan operasi di Kota Kinabalu dan Sandakan. – BERNAMA

Kategori