Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

50 Peratus Penjawat Awam...

Putrajaya : Masalah berat badan berlebihan atau obesiti membelenggu 50 peratus penjawat awam...

1.3 Juta Peminjam Menjelaskan...

PUTRAJAYA - Seramai 1.3 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah...

Rayuan Ke IPTA/Politeknik Premier...

PUTRAJAYA - Keputusan rayuan permohonanan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Politeknik Premier...

Setiap Penduduk Perumahan Ini...

Di sebuah kawasan perumahan di Amerika Syarikat, anda mungkin tidak akan mempercayai bahawa...

Pemantauan Program Seragam Harga Lebih Efektif

KUALA LUMPUR – Pemantauan lebih menyeluruh diperlukan bagi memastikan Program Penyeragaman Harga Barang Keperluan Asas di Sabah dan Sarawak lebih efektif dalam membantu rakyat di pedalaman kedua-dua negeri itu.

Datuk Aaron Ago Dagang (BN-Kanowit) berkata walaupun program tersebut telah bermula beberapa tahun lepas, namun harga barang terutamanya di kawasan terpencil dan luar bandar masih mahal serta berbeza dengan harga yang ditetapkan di bandar.

“Antara sebab utama mengapa barang keperluan dijual mahal di kawasan pedalaman adalah kerana kos pengangkutan, melalui sistem sekarang pihak ketiga ini yang bertanggungjawab membawa masuk barang itu.

Tetapi harga barang masih berbeza malah lebih mahal, sistem ini tidak berjaya. Oleh itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu melihat kembali perkara ini,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau mencadangkan pemberian subsidi langsung atau disasarkan terus kepada penerima seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mengurangkan kebergantungan kepada pihak ketiga, sekali gus menangani masalah itu.


Tahun lepas ketika membentangkan Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan peruntukan sebanyak RM80 juta bagi meneruskan Program Penyeragaman Harga Barang Keperluan Asas di Sabah dan Sarawak.

Persidangan bersambung esok. – BERNAMA

Kategori