Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

2 Ceramah Ustaz Wadi...

Kuala Lumpur : Penceramah bebas, Mohamad Wadi Annuar memaklumkan dua ceramahnya di Selangor...

Enam Sekeluarga ‘Berumah’ Di...

KUALA LUMPUR - Enam sekeluarga terpaksa tinggal di bawah jejambat di Pandan Perdana...

Ketepikan Politik, Tumpukan Perhatian...

1. Akhirnya, berakhir sudah drama politik yang meletup ekoran Mesyuarat Majlis Presiden PH...

KAFA Minta Lebihan Tiket...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)...

Pembangkang Hanya Timbul Isu Tapi Tiada Penyelesaian

KUALA TERENGGANU – Pembangkang hanya mampu menimbulkan sesuatu isu yang kebanyakannya berunsur fitnah dan palsu untuk mengapi-apikan perasaan rakyat, tetapi tidak berupaya memberikan penyelesaian terhadap isu yang diutarakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah melaksanakan pelbagai penyelesaian untuk membantu rakyat terutama dalam isu kos sara hidup.

“Misalnya, program Jualan Sentuhan Rakyat yang menawarkan harga lebih murah kepada rakyat, kita tidak hanya menjalankan program ini di ekspo tetapi saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk meneruskan program ini sekurang-kurangnya dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen.

“Apa lagi penyelesaiannya? Dalam Bajet 2018 kita beri dana dan sumbangan yang belum pernah kita lakukan, nelayan dapat, pekebun kecil, pesawah padi, tok imam, tok siak, tok batin dapat RM1,500 bayaran khas kerajaan,” katanya semasa berucap merasmikan majlis penutupan Ekspo Terengganu 2018 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Razif Abd Rahman; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari. – BERNAMA

Kategori