Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Anwar Mahu Siasatan LCS...

PARLIMEN | Anwar Ibrahim hari ini menegaskan siasatan berhubung isu pembinaan kapal tempur...

Harga Runcit Petrol Kekal

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM4.84 seliter bagi tempoh bermula...

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut...

PORT DICKSON - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati dipercayai akibat terjatuh...

Tidak Sorok Kegiatan Dadah...

BATU KURAU - Kementerian Pendidikan memberi amaran kepada pihak sekolah agar tidak menyembunyikan...

Pemergian Sanusi Kehilangan Besar Buat Negara

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan pemergian Tan Sri Sanusi Junid sebagai satu kehilangan yang besar kepada negara khususnya negeri Kedah.

Katanya, banyak jasa yang disumbangkan Allahyarham semasa memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dahulu.

“Allahyarham merupakan seorang negarawan yang banyak berjasa pada negeri dan negara. Beliau sentiasa bekerja keras dan sangat bertanggungjawab semasa menjalankan tugasnya.

“Saya doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan takziah kepada ahli keluarga atas pemergian beliau,” katanya selepas merasmikan pintu baru Sekolah Jenis Kebangsaan Long Chuan di Alor Setar hari ini.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 75 tahun di kediamannya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.


Allahyarham pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap agar rohnya dicucuri rahmat.

“Allahyarham merupakan anak jati daerah Yan dan kehilangannya pasti memberikan kesan di hati rakyat di daerah ini,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Surau Haji Jaafar, Kampung Gelam dekat Yan hari ini. – BERNAMA

Kategori