Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Warga Emas 73 Tahun...

MELAKA - Seorang warga emas tidak menyangka amalan menyimpan melalui Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank...

Revolusi Warna OSF &...

SAMADA diterjemah jadi Revolusi Melati atau Melor - perkataan Revolusi Jasmin tetap dikenali...

13 RUU Diluluskan, Syabas...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan syabas kepada...

Hantu Didakwa Photobomb Gambar...

SEORANG wanita dari Wirral, United Kingdom percaya gambar selfie dengan tiga anaknya di...

Pemerintah Dubai Jadi Hero Tarik Kereta

DUBAI – Sekumpulan pelancong yang kereta dinaiki mereka tersangkut di padang pasir di Dubai, terkejut apabila mendapati pemandu kereta yang berhenti untuk memberi bantuan ialah pemerintah Dubai.

Memandu kereta Mercedes-Benz G-Wagen dengan nombor pendaftaran ‘Dubai No 1’, Sheikh Mohammed bin Rashid, berhenti dan menarik kenderaan pelancong itu keluar dari kawasan pasir.

Menurut Daily Mail, pelancong terbabit, Hanna Karen Arroyo melalui Twitter memberitahu, kereta dipandunya bersama sekumpulan rakan tersangkut di satu kawasan berpasir di Dubai, Sabtu lalu.

“Kami bernasib baik apabila diselamatkan Sheikh Mohammed bin Rashid,” katanya.

Hanna turut berkongsi gambarnya bersama Sheikh Mohammed.

Menurutnya, kereta Honda Pilot dipandunya tersangkut di kawasan berpasir berhampiran jalan raya.

Seorang budak lelaki dilihat membantu mengikat tali di hadapan kereta Honda berkenaan dan disambung pada kenderaan dipandu Sheikh Mohammed.


Sheikh Mohammed juga memberi minuman kepada kumpulan pelancong yang terkandas itu.

Ini bukan kali pertama kerabat diraja Dubai dirakamkan membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Mohammed pada tahun lalu dirakamkan menggunakan kenderaannya untuk menarik sebuah lori yang terkandas di kawasan berpasir. – Agensi/myMetro Online

Kategori