Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Lain-Lain Kaum’ Dalam Dokumen,...

KOTA SAMARAHAN - Penggunaan istilah 'lain-lain kaum' bagi merujuk kaum Bumiputera Sarawak dalam...

Anugerah Media Malaysia 2017...

KUALA LUMPUR - Anugerah Media Malaysia 2017 (MMA 2017) kini dibuka untuk pengemukaan...

Lebuh Raya MEX Beri...

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya MEX akan menikmati diskaun tol sebanyak 10...

Persatuan Kanser Desak Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) menggesa kerajaan segera mengharamkan penggunaan...

Pemilihan Calon & Parti Penting Galas Amanah Rakyat

JASIN – Pemilihan calon dan parti untuk diberikan mandat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah penting kerana ia merupakan pakej lengkap yang akan memastikan amanah rakyat digalas dengan penuh rasa tanggungjawab, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata kebiasaannya calon yang hebat datang daripada parti politik yang stabil dan mempunyai sejarah kepimpinan atau rekod perkhidmatan yang cemerlang.

“Saya melihat setakat ini hanya Barisan Nasional (BN) yang mempunyai ciri berkenaan. Ada parti sesiapa pun boleh jadi calon dan kononnya parti mereka letak ranting pun boleh menang.

“Berbeza dengan BN, calon yang dipilih adalah dengan teliti dan hanya calon yang tepat dan melepasi ujian dan halangan termasuk dapat memastikan BN menang bergaya dalam PRU14 akan dipilih,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Masjid Jamek Ar Rahman di Kampung Pulai Merlimau di sini, hari ini.

Majlis perasmian berkenaan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri Serkam Datuk Zaidi Attan.

Semalam, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pemilihan calon daripada BN yang akan bertanding pada PRU14 nanti adalah paling teliti pernah dilakukan oleh pucuk pimpinan parti.


Mengulas lanjut, Idris yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata pucuk pimpinan tertinggi BN mempunyai kaedah terbaik dalam mengenal pasti keupayaan atau kredibiliti seseorang calon yang akan mewakili BN atau parti komponen pada PRU14.

Beliau berkata prestasi calon merupakan antara kriteria penting atau peratusan tertinggi yang diambil kira dalam menentukan calon yang tepat dan ia bukannya hanya melihat kepada retorik atau faktor luaran individu berkenaan sahaja.

“Calon yang dipilih juga mestilah yang terbaik dari kaca mata masyarakat yang diwakili dan telah diuji dari segi kesungguhan dan pembelaan kepada rakyat,” kataya.

Sementara itu, Zaidi berkata Masjid Jamek Ar Rahman yang dibina melibatkan kos lebih RM7 juta itu merupakan masjid terbesar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam yang dapat memuatkan kira-kira 1,500 jemaah dalam satu-satu masa. Beliau berkata masjid berkenaan yang dibina di tanah berkeluasan 1.01 hektar itu menerima peruntukan RM4.46 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

Kategori