Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu Pasport: Imigresen Salahkan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen mendakwa orang ramai terpaksa menunggu lama untuk menyelesaikan...

Wanita Dokumentasi Proses Selepas...

AMBER Amour, 27, mendakwa dia telah dirogol oleh seorang lelaki ketika melawat Afrika...

Kerajaan Kelantan Diminta Hormat...

KUALA LUMPUR - Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen meminta kerajaan PAS...

Haron Din Koma, Kritikal...

MURSYIDUL Am PAS, Datuk Dr. Haron Din dilaporkan berada dalamƂĀ kritikal kerana masalah jantung. Difahamkan,...

Pemilik Program Hamba Seks Wanita Didakwa

NEW YORK – Seorang lelaki yang berselindung di sebalik program motivasi untuk menjalankan aktiviti perhambaan seks wanita bakal didakwa di mahkamah hari ini, lima bulan selepas melarikan diri ke Mexico.

Keith Raniere, 57, dari Waterford di sini yang juga dikenali sebagai ‘The Vanguard’ dituduh melakukan jenayah pelacuran dan konspirasi yang boleh membawa kepada hukuman penjara antara 15 tahun atau seumur hidup jika sabit kesalahan.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan polis Mexico mengesan kehadiran lelaki itu di sebuah villa mewah di pantai Pasifik selepas melarikan diri ke negara itu bersama wanita simpanannya, susulan pendedahan dibuat The New York Times, Oktober lalu.

Pegawai kanan FBI, Willian Sweeney berkata, Raniere menyalahguna kuasa dimiliki dengan cara cukup menjijikkan apabila memanipulasi golongan wanita sebagai hamba seks, malah turut mencacah tatu berukir pangkal namanya di bahagian kemaluan semua mangsa.

Menurut Sweeney, kesalahan dilakukan Raniere adalah jenayah kemanusiaan yang serius dan ia bakal berakhir hari ini.


Sepanjang melakukan jenayah itu, Raniere berselindung di sebalik kewujudan sebuah bengkel memperkasa diri dikenali sebagai Program Kejayaan Eksekutif yang ditubuhkan pada tahun 1988.

Program dinaungi pertubuhan Nxivm itu beroperasi di Kanada, Mexico, Amerika Selatan dan seluruh Amerika Syarikat. – BH ONLINE

Kategori