Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Politeknik Ubah Isi Kursus...

TANJUNG MALIM - Semua politeknik diminta mengubah kandungan kursus yang ditawarkan kepada pelajar...

Gabung Johor Bakal Wujud...

JOHOR BAHRU – Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu (Gabung) Negeri Johor bakal mewujudkan...

Jeed Dinobat Ikon Siarawan,...

PROGRAM pencarian bakat dalam bidang penyiaran, Ikon Siarawan 2016 melabuhkan tirainya semalam dengan...

Pemandu Teksi Putrajaya Hilang...

PUTRAJAYA - Pemansuhan sistem teksi berkupon di Putrajaya sejak 1 April lepas menyebabkan...

Peminat Terus Doakan #Zulofa Jadi Kenyataan

GANDINGAN Zul Ariffin dan Neelofa dalam drama terbaru, Ti Amo Sweetheart 100 Hari nampaknya begitu ‘menjadi’ sehinggakan ada yang berharap mereka berdua bercinta di luar lokasi!

Maka itu, terciptalah tanda pagar #zulofa yang menggabungkan nama kedua-dua pelakon itu. Malah, peminat yang fanatik juga bertindak setapak lebih maju iaitu dengan meuwujudkan akaun media sosial khas buat Zul dan Neelofa.

Namun, ini bukanlah kali pertama buat Zul untuk diminta ‘bercinta’ dengan heroin gandingannya.

“Ini bukan kali pertama, bila drama dapat sambutan ia akan terjadi, sebelum ini pun pernah ada juga. Jadi saya tak hairan bila muncul hashtag #Zulofa seperti yang dicipta peminat. Soal ini saya tak boleh nak kawal peminat.

“Itu diluar kawalan saya dan kita sebagai pelakon hanya menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Kami ada chemistry yang okay dan tak rasa pelik atau janggal. Sebelum shooting, kita duduk berbincang supaya tak adalah nanti kekasih atau keluarga marah,” katanya kepada media tempatan.

Baca: Terlalu Mesra, Peminat Suruh #Zulofa Nikah!

Drama terbaru lakonan Zul dan Neelofa masih belum ditayangkan namun sudah berjaya menambat hati peminat dengan kemesraan mereka berdua. Selain memuji kesepadanan mereka, ada juga berharap mereka bercinta terus di luar set penggambaran!


Familiar sangat kan?

Semasa Neelofa bergandingan dengan Fattah Amin menerusi drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot, para peminat mereka juga mendoakan perkara yang sama dan pasangan itu memang pernah bercinta seketika, namun jodoh mereka tidak panjang.

Mana tahu, kali ini memang ‘jodoh’ Zul dan Neelofa? Kami pun rasa mereka berdua sepadan sangat! – MYNEWSHUB.CC

Kategori