Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Terima Kasih Najib Bijak...

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri,...

Ambil Ahli Baharu Bukan...

KUALA LUMPUR - Budaya UMNO tidak akan sesekali meresap ke dalam Parti Pribumi...

Richard Morais Akan Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Datuk Richard Dillan Morais, adik kepada Timbalan Pendakwa Raya Datuk...

Ragbi Mahu Cipta Sejarah...

KUALA LUMPUR - Skuad ragbi negara membariskan pasukan terbaik pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan...

Peminat Tunggu Aksi Salah Di Piala Dunia

MOHAMED Salah, pemain forward Liverpool ini jadi perhatian ramai dan aksinya di Piala Dunia 2018 di Rusia musim panas nanti ditunggu-tunggu peminat bola sepak.

Pemain terkemuka Paris Saint-Germain, Neymar Jr dalam satu wawancara pada Disember lalu memilih Mohamed Salah sebagai pemain pilihan yang akan menyinar dalam Piala Dunia FIFA di Rusia Jun nanti.

Bintang Arab Saudi, Saeed Al-Owairan juga memberi pendapat yang sama, menjangkakan yang Salah akan menunjukkan persembahan cemerlang di Rusia nanti bersama pasukan negaranya Mesir.

Salah mengesahkan penyertaan Mesir dalam Piala Dunia 2018 di Rusia setelah menewaskan pesaing dalam kumpulan E Afrika, Congo 2-1 dalam pusingan kelayakan Oktober lalu.

Dua gol Mesir dijaringkan oleh Salah, termasuk gol dramatik melalui penalti pada masa kecederaan.

Kali terakhir Mesir layak ke pusingan akhir Piala Dunia ialah pada tahun 1990 di Itali.

Owairan, pemain Asia terbaik 1994 ini berkata baru-baru ini pasukan Arab bakal mempamerkan prestasi yang baik dalam Piala Dunia kali ini.

Arab Saudi bersama dalam kumpulan A dalam Piala Dunia kali ini, bersama tuan rumah Rusia dan pasukan Amerika Selatan, Uruguay.

Salah menjadi pemain yang popular dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam mewakili kelabnya Liverpool sejak Julai 2017.

Liverpool kini berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, di belakang Manchester City dan Manchester United.

Selain Salah, rakan sepasukan Sadio Mane ialah pemain handalan Liverpool yang juga beragama Islam.

Rekod peribadinya, Salah telah menjaringkan 23 gol pada musim 2017-2018 ini, disebut-sebut sebagai pemain pertama menjaringkan 20 gol sebelum Krismas sejak Ian Rush pada 1986.

Salah menerima anugerah pemain bola sepak Afrika terbaik tahun 2017.


Salah juga menjadi perhatian kerana muncul sebagai seorang pemain beragama Islam yang diminati ramai oleh orang Islam dan juga bukan Islam di Britain.

Peminat-peminat Liverpool dari kalangan orang Inggeris bukan Islam dilihat dalam satu rakaman video yang tersebar baru-baru ini menyanyikan pujian kepada Salah, yang turut menyebut “Saya juga akan jadi Muslim.”

Populariti pemain-pemain Muslim ini, yang terbaru Salah yang membantu melonjakkan kedudukan Liverpool musim ini, membantu mengurangkan sentimen anti-Islam peminat bola sepak Inggeris.

Peminat-peminat rasis dan anti-Islam sering mencetuskan insiden gangguan dalam perlawanan-perlawanan yang melibatkan pemain beragama Islam atau pemain berkulit hitam keturunan Afrika.

Perkembangan terbaru ini menandakan satu fenomena yang boleh meningkatkan lagi kedudukan pemain Muslim dalam arus perdana masyarakat Inggeris dan melawan sentimen anti-Islam oleh pelampau kulit putih Kristian.

Salah ialah pemain beragama Islam sensasi terbaru di Liga Inggeris, selepas pemain-pemain seperti Mesut Ozil di Arsenal dan Paul Pogba yang bersama pasukan Manchester United.

Ozil, pemain berketurunan Turki dari Jerman mewakili negaranya dengan cemerlang dalam Piala Dunia 2014 di Brazil.

Beliau kemudian menyertai pasukan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris, menjadi pemain tumpuan hingga kini.

Selepas Ozil, peminat beragama Islam kini menumpu pada Salah, yang sedang cemerlang bersama kelabnya Liverpool dan ditunggu-tunggu aksinya bersama pasukan kebangsaan Mesir di Piala Dunia Rusia nanti. – Mynewshub.cc/HZ

Kategori