AKIBAT terpengaruh cabaran rakan-rakannya, seorang pemain ragbi berbakat menjadi lumpuh selepas menelan lintah bulan di laman rumah kawannya pada parti ulang tahunnya yang ke-19.
Sam Ballard, yang kini berusia 28 tahun, jatuh sakit selepas beberapa hari menelan siput berkenaan di rumah kawannya di Sydney, Australia.
Doktor memaklumkan Sam dijangkiti parasit tikus yang menjadi punca kepada jangkitan di otaknya. Dia menjadi koma selama 420 hari dan menghabiskan masa selama tiga tahun di hospital.
Siput yang ditelan oleh Sam telah dijangkiti parasit dari tikus apabila binatang itu makan najis tikus.
Kini Sam terpaksa menggunakan kerusi roda dan pada masa sama menderita kekejangan. Menyedihkan pada tahun ini, bantuan untuk kecacatan yang dibiayai oleh kerajaan yang diterima oleh Sam telah dikurangkan.
Pada 2016, ibunya Katie Ballard telah memohon Skim Insuran Kurang Upaya Kebangsaan (NDIS) dan Sam layak menerima pakej £300,000.
Namun pada September tahun lepas, NDIS memaklumkan bantuan itu dikurangkan kepada £25,000. Dalam satu entri di Facebook, Katie berharap agar anaknya itu dapat berjalan semula.
“Sam semakin baik. Dia masih Sam yang sama, ceria dan banyak ketawa. Dia akan berjalan dan bercakap lagi tapi bila waktunya tidak kita ketahui,’’ tulis Katie.
Apa yang berlaku kepada Sam telah memberikan cabaran besar kepada keluarganya. – MYNEWSHUB.CC