Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sokongan BN Terhadap Belanjawan...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sekali lagi menegaskan bahawa sokongan terhadap Belanjawan...

Pembangkang Degil, Ingkar Nasihat...

KUALA SELANGOR - Kedegilan Pakatan Harapan yang tidak mahu menukar lokasi 'Himpunan Sayangi...

PATI Berkelana Bancuh Samsu...

KULIM - Seorang lelaki warga India bukan sahaja berjaya memasuki negara ini tanpa...

Jawatankuasa Pilihan Khas Bincang...

JOHOR BAHRU : Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang meneliti Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan...

Pemuda UMNO Perak Sudah Hantar Nama PRU14

IPOH – Pemuda UMNO Perak telah menghantar senarai nama yang dilihat berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat negeri sebulan lepas.

Ketuanya, Khairul Shahril Mohamed berkata, beliau tidak boleh mendedahkan secara lanjut berhubung perkara itu namun menegaskan bilangan nama yang dihantar pada kali ini lebih ramai berbanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu.

“Kita tidak boleh dedahkan berapa peratus nama yang dihantar tapi apa yang boleh kita kata, ia melebihi bilangan daripada pilihan raya yang lepas.

“Kita juga menamakan calon yang datang daripada UMNO sendiri dan juga dikalangan rakan parti komponen,” katanya selepas mengadakan sesi sidang akhbar perlawanan akhir bola sepak Piala Amanjaya 2017 merebut perisai Menteri Besar Perak, di sini hari ini.

Katanya, meskipun keputusan penuh terletak di tangan pucuk pimpinan tertinggi parti namun pihaknya berharap keutamaan turut diberikan kepada calon di kalangan sayap pemuda parti.

“Apa pun kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk menimbang dan mengkaji kesesuaian untuk meletakkan seseorang calon bertanding di sesuatu kawasan,” katanya.


Mengulas kemungkinan UMNO akan menggunakan calon ‘payung terjun’ dalam PRU14, beliau berkata, perkara itu bukan dalam bidang kuasanya selain tertakluk dibawah keputusan pimpinan UMNO pusat.

Katanya, beliau yakin perkara itu tidak akan mengganggu perencanaan parti khususnya dalam memastikan kemenangan kekal milik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Yang penting ialah kemenangan parti bukannya individu. Oleh yang demikian pemuda BN Perak akan akur dengan apa juga keputusan yang dibuat dan akan bekerjasama dengan jentera parti untuk memastikan kejayaan calon BN, ” katanya. – BERNAMA

Kategori