Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Caj VEP RM20 Bermula...

JOHOR BAHARU - Pelaksanaan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) sebanyak RM20 bagi setiap...

Hina Agong: 20 NGO...

KUANTAN - Dua puluh badan bukan kerajaan (NGO), jabatan kerajaan dan badan politik...

Jatuh Bangun Semula, Jimmy...

Setelah melalui ranjau perkahwinan yang perit sehingga kes penceraiannya dicanang di media, pengacara...

300 Lagi Pemandu Teksi,...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menyerahkan 300 lesen...

Penagih Dadah Jejaskan Pembangunan Bandar

KULIM – Penagihan dadah yang serius boleh menjejaskan perancangan dan pengindahan sesebuah bandar, kata Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Beliau berkata dengan jumlah penagih baru yang meningkat antara 30 dan 50 orang setiap tahun di daerah ini, permasalahan ditimbulkan golongan itu bukan saja melibatkan anggota keluarga mereka, tetapi kini merebak hingga mengganggu perancangan pembangunan di bandar.

“Memang diakui pihak pengurusan pembangunan dan pengindahan di bandar Kulim berdepan masalah yang bukan sedikit disebabkan penagih dadah ini.

“Bila pasang lampu hiasan di taman, mereka kebas…buat kolam air terjun, pam air kena curi, pasu bunga pun mereka ambil…macam mana pegawai tak pening. Nilai kerugian kadang-kadang mencecah ribuan ringgit,” katanya selepas merasmikan Program Karnival Hidup Tanpa Dadah peringkat Parlimen Kulim-Bandar Baharu di sini hari ini.


Beliau berkata budaya ‘ambil tahu’ juga harus ada pada setiap individu kerana bagi membanteras masalah dadah memerlukan kerjasama daripada masyarakat terutama jiran tetangga.

Dalam pada itu, pelbagai program dan aktiviti diadakan sepanjang Karnival Hidup Tanpa Dadah itu bermula hari ini hingga esok.

Antararanya, Jambori Basikal Lasak, pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pengedaran 50,000 gelang tangan getah kepada orang ramai sebagai sokongan kepada program perangi dadah. – BERNAMA

Kategori