Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Gol Lewat Norshahrul...

KUALA LUMPUR - Malaysia bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas...

Video: Pekerja Dibelasah Sampai...

VIDEO seorang lelaki dipukul dengan kejam hingga kehilangan suara kini beredar di laman...

Polis Cari Anggota SPRM...

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang mengesan seorang anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Dr Zulkifli Terima Suntikan...

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr...

Pencemaran Sg. Masai Bukan Punca Dari Loji Kumbahan

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri menafikan pencemaran yang berlaku di Sungai Masai di sini berpunca daripada pelepasan sisa buangan dari Loji Kumbahan Taman Bukit Dahlia.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin berkata pemeriksaan telah dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan didapati pelepasan berkenaan bukanlah punca pencemaran terbabit.

“Kalau nak kata loji adalah punca, semua tindakan sudah diambil. Mungkin ada punca-punca lain yang membawa kepada pencemaran. Dalam soal ini, perlu ada kerjasama bersepadu daripada pihak berkuasa tempatan, agensi dan jabatan-jabatan lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bayaran Saguhati Nelayan Johor Selatan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Persatuan Nelayan Johor baru-baru ini yang memohon agar MPPG memikirkan jalan penyelesaian kepada pencemaran terbabit yang dikatakan sudah berlarutan selama 10 tahun sehingga menyebabkan kerugian besar kepada para nelayan.

“Sebelum ini, kita ada mewujudkan satu jawatankuasa yang berperanan memantau sungai-sungai di selatan Johor termasuklah Sungai Skudai dan Sungai Masai. Jadi, kena bagi kita masa untuk menyiasat punca pencemaran ini berlaku, bukan kita tidak ambil perhatian.

“Lagipun, pihak MPPG ada Unit Sungai untuk memantau dan merangka inisiatif pemuliharaan Sungai Masai,” katanya.


Pada majlis itu, seramai 214 nelayan dan 62 penternak kupang dan ikan sangkar dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang menerima pembayaran sagu hati secara one-off bernilai RM2,000 setiap seorang.

Mereka merupakan sebahagian daripada 1,814 nelayan dan penternak yang terpilih dan akan menerima pembayaran secara berperingkat dalam tempoh empat hari, bermula hari ini. – BERNAMA

Kategori