Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jangan Sampai Rakyat Bencikan...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihati ahli politik...

Kerana Sayang, Sanggup Terbangkan...

APA yang akan anda lakukan sekiranya secara tidak sengaja telah mencederakan seekor binatang...

Selendang Hijau ‘Ikatan Terakhir’...

TERTEKAN akibat hubungan tidak direstui keluarga, sepasang kekasih nekad mengikat badan mereka dengan...

DQI: “Kami Belum Terima...

KUALA LUMPUR - Sebahagian ahli keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah...

Penerima BR1M Disaran Buka Akaun Bank

TAWAU – Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di daerah ini disaran membuka akaun bank bagi memudahkan penyaluran bantuan itu pada masa depan.

Pembantu Menteri Kebudayaan, Alam Sekitar dan Pelancongan Sabah, Datuk Pang Yuk Ming berkata langkah itu bagi memudahkan penerima, terutamanya golongan warga emas, agar tidak perlu menunggu dan beratur panjang untuk mendapatkan BR1M.

“Kerana tiada akaun bank ada penerima beratur panjang,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan BR1M bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Tawau dan Kalabakan, di sini hari ini.

Sementara itu, Penyelaras Pengagihan BR1M bagi penerima tiada akaun bank, Isnin Mohd Said berkata Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menerima 5,200 baucar BR1M yang tidak mempunyai akaun bank.

“Fasa pertama hari ini, seramai 1,500 menerima BR1M di perkarangan MPT,” katanya.


MPT bersama pejabat Pejabat DUN Balung, Apas, Sri Tanjong, Merotai, Tanjong Batu serta Sebatik berganding bahu mengagihkan BR1M kepada penerima. – BERNAMA

Kategori