Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PAU 2017 Wajar Jadi...

SEMALAM Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sudah menyatakan asa...

Hutang, Liabiliti Negara RM1.1...

KUALA LUMPUR ā€“ Hutang dan liabiliti negara berjumlah RM1.1 trilion setakat akhir tahun...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan...

Penolong Akauntan KESEDAR Ditahan,...

KOTA BHARU: Seorang penolong akauntan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) ditahan selepas dipercayai...

Pengantin Perempuan Tampar Tetamu Majlis

GARA-GARA biadab, seorang tetamu pada satu majlis perkahwinan ditampar oleh pengantin perempuan, selepas dia memaksa pengantin itu menundukkan kepala beberapa kali di depan keluarga suaminya.

Ketika itu sedang berlangsungnya acara tradisi perkahwinan di China di mana pengantin perlu menundukkan kepala sambil berlutut di depan ibu bapa pasangan mereka.

Menurut Kan Kan News, pengantin perempuan yang hilang sabar selepas kepalanya dipegang oleh tetamu lelaki itu, kemudian bangun dan menampar lelaki itu meskipun orang ramai cuba mententeramkan keadaan.

Kan Kan News bagaimanapun tidak mendedahkan di mana kejadian itu berlaku. Tetamu yang biadap telah menjadi topik utama perbincangan dalam media sosial di China susulan kelakuan kurang ajar mereka terhadap pengantin.

Pada November 2016, satu video memaparkan tetamu pada satu majlis perkahwinan memaksa pengantin lelaki dan perempuan berbogel serta melakukan seks di depan mereka.


Manakala awal bulan lepas, seorang pengantin perempuan telah dibogelkan oleh tetamu di hadapan suaminya dalam bilik tidur mereka.

Bukan itu sahaja, terdapat kes di mana pengantin meninggal dunia akibat gurauan kasar tetamu. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori