Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Kecam Serangan Maut...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau amat sedih dan kesal dengan siri serangan ganas di...

Tunggakan Gaji 12 Bekas...

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Polis...

Isu Integriti Perlu Difahami...

KUALA LUMPUR - Isu íntegriti bukan sahaja sinonim dengan amalan rasuah atau sogokan...

Harga Rumah Tidak Naik...

KUCHING - Kementerian Perumahan Sarawak memberi jaminan harga rumah kediaman di negeri ini...

Pengarah Veterinar Antara Dua Ditahan SPRM Perlis

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan seorang pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar kerana disyaki terlibat rasuah dan salah guna kuasa.

Pengarah berusia 44 tahun itu dikatakan telah meluluskan lesen ‘Perladangan Unggas dan Aktiviti Lain’ atas nama dua syarikat haiwan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Menurut sumber, turut ditahan bagi membantu siasatan adalah salah seorang pemilik syarikat tersebut yang berusia 39 tahun.

“Kedua-dua mereka telah ditahan di SPRM Perlis ketika dipanggil bagi membantu siasatan kira-kira 1 tengah hari tadi,” katanya.

Menurut sumber, pengarah berkenaan didakwa menerima rasuah dengan cara menetap di rumah sewa milik pemilik syarikat itu tanpa membayar duit sewa sejak November 2016 hingga November 2017 yang dianggarkan sebanyak RM9,600.


Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Shukor Mahmud dalam kenyataan mengesahkan tangkapan itu dan berkata kedua-duanya akan direman esok bagi membantu siasatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori