Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

‘Adalah Munasabah Najib Tidak...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, adalah munasabah untuk Datuk Seri Najib...

Implikasi Layanan Cukai Muktamad

Pembayar cukai yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan (PCB) boleh memilih untuk tidak mengemukakan...

ATM Kekal Dalam Saingan...

KUALA LUMPUR - Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengekalkan penyertaan pasukan...

Sebutan Kes Bunuh Pengasas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Januari untuk...

Pengeluaran Ikan Air Tawar Disasar Meningkat 50%

TEMERLOH – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan untuk meningkatkan hasil pengeluaran ikan air tawar kepada 50 peratus bagi memenuhi permintaan pasaran dalam negara menjelang 2020.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata setakat ini, jumlah pengeluaran melalui kaedah akuakultur itu hanya 30 peratus berbanding tangkapan ikan laut yang mencatat 70 peratus.

“Nisbah hasil pengeluaran ikan air tawar dan tangkapan ikan laut 30:70 dan ia masih tidak seimbang walhal ikan laut akan menghadapi masalah bekalan apabila tiba musim tengkujuh. Nelayan tidak dapat turun ke laut menangkap ikan pada musim itu dan ini menyebabkan bekalan ikan dalam negara kekurangan.

“Hal ini dapat diselesaikan jika bekalan ikan air tawar mencukupi dan berikutan itu kita menetapkan sasaran nisbah pengeluaran ikan air tawar dan ikan laut 50:50 menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Pesta Memancing Temerloh di Estet Paya Lanar, Kampung Mempatih dekat Lanchang hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi dan Pengarah Perikanan Pahang Azahari Othman.

Antara program dijalankan pada majlis itu ialah pertandingan memancing, pelbagai pameran pertanian, demontrasi penyediaan ‘snow fish’ dan rumpai laut serta pertandingan memasak.

Tajuddin berkata antara kelebihan ikan tawar ialah mampu diternak dalam sangkar mahupun kolam sepanjang tahun tanpa mengira musim dan setakat ini terdapat 22,000 penternak ikan air tawar seluruh negara yang mengeluarkan hasil purata 500,000 tan metrik setahun.


“Sementara hasil pengeluaran tangkapan ikan laut ialah 1.1 juta tan metrik setahun. Kita memerlukan tambahan ikan air tawar bagi mengimbangi kedua-dua pengeluaran ini,” katanya.

Beliau berkata strategi bagi mencapai sasaran berkenaan ialah dengan menggalakkan lebih ramai penduduk menjalankan ternakan ikan tawar di kawasan masing-masing khususnya di kampung.

“Sekarang ramai merungut kenaikan harga barang. Kita boleh mengatasinya dengan meningkatkan hasil pendapatan sendiri dan salah satu cara dengan menternak ikan air tawar, ia bukan sahaja boleh meningkatkan hasil pengeluaran ikan bahkan mewujudkan peluang dalam sektor lain seperti eko pelancongan setempat.

“Kita boleh menyediakan perkhidmatan kolam pancing dan rumah tamu untuk menarik pelancong di mana ini memberi nilai tambah kepada sektor ternakan sedia ada,” katanya. – BERNAMA

Kategori