Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kayuhan Santai Ke Titik...

KUANTAN - Tourism Pahang buat julung kalinya akan menganjurkan kayuhan santai sejauh 84...

IPD Kunak Berjaya Selesaikan...

KUNAK - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata Ibu pejabat Polis ...

Tangga Besi Untuk Murid...

BEIJING - Selepas bertahun-tahun gadai nyawa, penduduk sebuah kampung di China akhirnya boleh...

‘PM Tak Perlu Layan...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak perlu melayan...

Pengerusi Skim Wajib Tayang Cabar Ahmad Idham

PENGERUSI Skim Wajib Tayang, Zahrin Aris mencabar pengarah, Ahmad Idham membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya tidak berpuas hati dengan pelaksanaan agihan pawagam bagi filem arahannya.

Memetik laporan BH Online hari ini, Zahrin berkata tiada istilah sama ada kecil mahupun besar dalam menentukan jumlah pawagam untuk tayangan sesebuah karya seperti yang didakwa Idham sebelum ini.

“Sebelum membuat keputusan jumlah pawagam yang layak ditayangkan, jawatankuasa akan melakukan pratonton dan menilai daripada sudut teknikal dan penyampaian.

“Kita akan bermesyuarat sekali lagi dan melihat semula filem tersebut sebelum layak umtuk diberikan jumlah pawagam,” katanya.

Pengerusi Skim Wajib Tayang, Zahrin Aris.

Tambah Zahrin, beliau ada menerima pesanan WhatsApp daripada Idham yang mengucapkan terima kasih kerana akhirnya memberi 40 pawagam untuk tayangan filem terbarunya berjudul Hantu Wangan.

“Saya cabar dia buat laporan kepada SPRM. Dia tak boleh berbincang dengan saya, sebaliknya (perlu) berjumpa dengan Datuk Yusof Haslam dan Pansha yang ada dalam jawatankuasa ini.

“Setiap wakil ada dalam jawatankuasa ini dan keputusan yang dibuat adalah secara kolektif. Ini bukan keputusan seorang individu, tetapi secara beramai-ramai,” tambah Zahrin.

Pengarah Terkenal, Datuk Yusof Haslam.

Dalam pada itu, Zahrin berkata beliau menganggap apa yang dilontarkan oleh pengarah itu sebagai pandangan peribadi semata-mata dalam mencari publisiti murahan untuk filemnya.

Pada masa sama, Zahrin berkata beliau tidak mampu menghalang tanggapan dan kritikan yang dilemparkan mana-mana individu terhadap jawatankuasa itu.


“Apabila dia ada niat untuk memburukkan jawatankuasa ini, saya tak boleh halang. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sudah banyak membantu orang industri.

“Malah skim ini sendiri tidak terdapat di negara lain. Kalau tiada peraturan Skim Wajib Tayang ini, saya rasa banyak filem yang tak layak masuk panggung,” kata Zahrin.

Baca: Ahmad Idham Tak Puas Hati, Mahu Lapor SPRM

Pengarah, Ahmad Idham.

Terdahulu, Idham memberitahu bakal membuat laporan kepada SPRM berhubung hal itu dalam masa terdekat.

Beliau mahu pihak SPRM menyiasat jawatankuasa berkenaan yang didakwa bersikap tidak adil dalam membuat keputusan berhubung jumlah pawagam bagi tayangan filem terbaharunya.

Idham turut mendakwa ada sesuatu yang tidak kena dengan jawatankuasa yang dilantik sebagai pelaksana dalam skim berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori