PENGGUNAAN teknologi video bantuan pengadil (VAR) bakal digunakan pada Piala Dunia 2018 di Rusia, Jun dan Julai 2018.
VAR telah pun digunakan dalam beberapa liga utama Eropah termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Bundesliga di Jerman.
Namun, penggunaan VAR pernah mendapat kritikan negatif oleh pengurus Chelsea, Antonio Conte dan rakan sejawatnya di Arsenal, Arsene Wenger ketika pertembungan dua kelab gergasi itu Januari lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat teknologi itu sangat tepat diuji ketika kejohanan Piala Dunia 2018.
Teknologi tersebut yang menelan perbelanjaan sekurang-kurang RM15 juta menjadi tumpuan dunia termasuk Malaysia yang bercita-cita untuk menggunakan VAR.
“Pelaksanaan VAR di Piala Dunia sudah pasti menarik untuk disaksikan. Pelbagai bentuk latihan termasuk dari segi ‘offline, online dan simulator’ dirancang khusus untuk membantu semua pengadil agar dapat membuat keputusan yang terbaik,” katanya kepada Berita Harian.
“Antaranya untuk memastikan masa yang diambil oleh VAR bagi membantu pengadil membuat keputusan tidak terlalu lama sehingga boleh menjejaskan kelancaran perlawanan,” tambahnya lagi.
Ahli Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa meluluskan penggunaan VAR pada Piala Dunia 2018 dan Sukan NSTP kelmarin.
Turut melaporkan majoriti jurulatih Liga Malaysia (Liga M) menyokong penggunaan teknologi berkenaan walaupun masih perlu mengambil masa beberapa tahun lagi untuk dilaksanakan di negara ini. – MYNEWSHUB.CC/MIZE