Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KJ Sifat Kes Zahid...

BONGKAR... Khairy Jamaluddin menyifatkan pertuduhan dibuat terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad...

Gelandangan Hati Mulia, Derma...

Siapa sangka, seorang individu yang hidup 'berbumbungkan langit, berdindingkan angin', masih memikirkan kesusahan...

Alat Tegangkan Muka Disalah...

Pelik tetapi alat ini dikatakan dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan. Ia adalah satu senaman...

Bidas Dr Mahathir Bekerjasama...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan pemimpin UMNO hari ini membidas Tun Dr Mahathir...

Penghantar Surat Ditahan Perdaya Guru Maahad Tahfiz

KUANTAN – Polis menahan seorang penghantar surat setelah dipercayai memperdayakan seorang guru di sebuah maahad tahfiz, di sini dengan menjual sebuah motosikal yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek berumur 27 tahun beralamat di Klang, Selangor itu ditangkap di Bandar Botanik, Klang pada 12.45 tengah hari Selasa lepas.

“Suspek sebelum itu telah mengiklankan sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC di laman mudah.my berharga RM3,800 sedangkan sebenarnya motosikal berkenaan tidak wujud.

“Terpedaya dengan perkara tersebut, mangsa berusia 30 tahun dari Bukit Rangin, di sini, telah mendeposit sebanyak RM800 ke dalam akaun Maybank suspek sekitar November tahun lepas.

“Bagaimanapun suspek gagal dihubungi apabila mangsa ingin bertanya lebih lanjut tentang perkara itu menyebabkan mangsa merasa tertipu dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan akan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori