Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Mourinho Tak Mahu Kami...

CHRIS Smalling menjadi tumpuan apabila menjadi jaguh selepas pengurus, Jose Mourinho menggesa para...

Hanya 30 Premis Pasang...

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah setakat ini merekodkan...

Bot Hilang: 4 Kapal,...

KOTA KINABALU - Operasi mengesan sebuah bot katamaran membawa 31 orang termasuk 28...

‘Datuk’ Antara 4 Ditahan...

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bergelar 'Datuk' merupakan antara empat suspek yang ditahan...

Pengurus Restoran Makanan Segera Dijumpai Lemas

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus restoran makanan segera berusia 23 tahun yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Hulu Langat, Batu 7 ½, Hulu Kelang dekat sini pada Jumaat lepas dijumpai terdampar kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi mangsa terjatuh pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Timbalan Penguasa Bomba Ariff Mohamed Kassim berkata mayat Abd Syukur Abd Talib, ditemukan oleh orang awam di kawasan sungai yang telah surut pada pukul 10 pagi.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang membersihkan kawasan rumah yang dinaiki air akibat hujan lebat berhampiran lokasi kejadian sebelum terjatuh ke dalam sungai itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ariff berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Pada Jumaat lepas, mangsa dihanyutkan kepala air di sungai itu pada kira-kira pukul 4 petang.


Susulan itu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Agensi lain yang turut terlibat ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori