Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tanda-Tanda Kiamat Kecil Telah...

Di saat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Kerajaan Masih Berhasrat Teruskan...

KOTA BHARU - Kerajaan masih berhasrat untuk meneruskan bantuan menunaikan Haji kepada para...

Salah Makan, Yana Samsudin...

PELAKON Yana Samsudin atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 32, mengakui mengalami bentan ketika...

Amir Raja Lawak Resah...

Rupa-rupanya selain daripada Neelofa, ada beberapa artis lain yang turut dilanda kerungsingan apabila...

Peniaga Halang Kerja Meroboh Pasar Di Pasar Puteh

PASIR PUTEH – Kerja meroboh Pasar Besar Pasir Puteh oleh Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) tidak dapat dilakukan apabila dihalang sebahagian besar 375 peniaga yang menjalankan perniagaan di situ, hari ini.

Kumpulan yang kebanyakannya wanita itu menghalang jentolak daripada merobohkan pasar tersebut bermula 9.30 pagi, namun kehadiran sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh telah dapat mengawal keadaan.

Sebelum ini, MDPP mengeluarkan notis supaya peniaga terbabit berpindah ke pasar baharu Pasar Siti Hajar yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ, namun mereka enggan berpindah atas alasan kawasan berkenaan tidak strategik dan ruang niaga yang sempit.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar Pasir Puteh, Kamarzaman Che Ngah berkata pihak berkenaan tidak sepatutnya cuba merobohkan pasar tersebut kerana para peniaga telah membawa perkara itu ke mahkamah.

“Peniaga bersedia mematuhinya sekiranya mahkamah membuat keputusan supaya mereka berpindah ke pasar yang baharu itu tetapi pihak MDPP sepatutnya menunggu keputusan itu sebelum mengambil tindakan untuk meroboh pasar ini,” katanya.


Sementara itu, seorang peniaga barangan runcit Faridah Mustafa, 54, berkata tindakan untuk merobohkan pasar tersebut agak keterlaluan memandangkan mereka telah menjalankan perniagaan di situ sejak 1980 tanpa sebarang masalah berbanding pasar baharu yang kurang menyakinkan.

Beliau bimbang berniaga di pasar baharu akan menjejaskan pendapatannya berikutan kurang sambutan daripada pelanggan kerana terletak di lokasi kurang strategik dan agak jauh dari jalan utama. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • pasar

Kategori