Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Contohi Kanada Beri Vaksin...

PUTRAJAYA - Keputusan Kanada meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 untuk remaja berusia 12...

Rumah Terbuka Deepavali MIC...

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Deepavali, MIC menjemput masyarakat berbilang kaum negara ini...

Pasukan Forensik Bomba Turut...

KUALA LUMPUR: Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di Blok...

GAMBAR: Adira Sambut Hari...

Bukan rahsia lagi penyanyi yang mendapat jolokan 'snow white' Malaysia, Adira mempunyai hubungan...

Tidak Kurangkan Kuota Haji Walaupun Kos Meningkat

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan mengurangkan kuota jemaah haji walaupun terpaksa menanggung peningkatan kos subsidi haji sebanyak RM100 juta ekoran pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (VAT).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata kos yang ditanggung jemaah juga dikekalkan pada RM9,980 seorang.

“Kos haji bagi musim 1439 Hijrah atau 2018 untuk jemaah secara keseluruhan meningkat kepada RM22,450 berbanding RM19,550 tahun lalu, pertambahan kos merangkumi kos penginapan, makanan dan perkhidmatan di Arab Saudi.

“Kita tak pernah merasakan kenaikan kos sebagai halangan, bahkan kuota jemaah sebanyak 30,200 yang diberikan kerajaan Arab Saudi tidak cukup menampung permintaan pendaftaran haji yang kian meningkat,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) berkenaan perkara itu di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Asyraf Wajdi berkata sehingga 28 Februari lalu, TH menerima pendaftaran haji lebih 2.9 juta orang dan sebanyak 78,951 pendaftaran haji baharu dicatatkan dua bulan pertama bagi tahun ini. – BERNAMA

Kategori