Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Insiden Rempuhan Mina, Pope...

RENTETAN insiden rempuhan berdarah yang berlaku di Makkah, Arab Saudi, pemimpin kerohanian masyarakat...

Babak Filem Porno Yang...

BAYANGKAN situasi ini: anda ditugaskan di suatu tempat dan bertemu dengan seseorang yang...

Teruskan Projek Jika Baik...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan supaya...

Johor Mahu Pemaju Projek...

PASIR GUDANG - Kerajaan Johor meminta Country Garden Pacific View (CGPV) Sdn Bhd,...

Penjawat Awam Antara 11 Penagih Ditahan Di Pendang

PENDANG – Seorang penjawat awam antara 11 penagih dadah ditahan polis dalam ‘Ops Sarang’ di kebun kelapa sawit Kampung Kilang Kechil, Mukim Air Puteh di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan bersama 10 individu lain selepas gagal melarikan diri sebaik serbuan dilakukan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang bersama anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sekitar 3 petang hingga 7 malam.

“Hasil soal siasat mendapati, penjawat awam yang masih bujang itu pernah ditahan beberapa kali sebelum ini dan masih berada dalam pengawasan AADK manakala kesemua mereka didapati positif dadah dalam ujian saringan urin mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadzil berkata 0.91 gram dadah jenis heroin bernilai RM30 juga dirampas dalam operasi itu.

Beliau berkata tiga lelaki itu berada dalam tahanan polis di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki bahan terlarang itu manakala selebihnya diserahkan kepada AADK mengikut Sesyen 31(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. – BERNAMA

Kategori